KIMMA Diterima Sebagai Gabungan Umno

on Aug 27, 2010

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan penyertaan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sebagai ahli bergabung dengan Umno berkuat kuasa serta-merta.
Bagaimanapun Presiden Umno berkata, KIMMA tidak dibenarkan terlibat dalam pengurusan parti.
"Namun mereka akan menerima beberapa keistimewaan seperti akan dijemput untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno sebagai pemerhati dan juga mesyuarat di peringkat bahagian jika kongres berkenaan wujud diperingkat berkenaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini pada Jumaat.
Selain itu Najib berkata, KIMMA bersetuju menerima semua dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan MT Umno.
"Mereka juga bersetuju untuk bersama-sama menguatkan Umno dan BN," katanya.
Sebelum ini KIMMA dan beberapa lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dilaporkan berminat untuk menyertai BN selepas pilihan raya umum 2008.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List