Maka berkata lah Khir Toyo...........!!!!!!!

on Aug 27, 2010

Bantuan Raya Kerajaan:
Madu diberi janganlah dibalas tuba




1. Saya amat mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri memberi bantuan khas kewangan sempenan Hari Raya Aidilfitri ini.  Kakitangan dan pesara kerajaan akan menerima bantuan sebanyak RM 500 seorang.  Ini bermakna kerajaan perlu mengeluarkan hampir RM 1 bilion bagi melaksanakan pemberian ini.
2. Pemberian bantuan raya ini menunjukkan kerajaan bersedia berbelanja dan mengeluarkan wang untuk rakyat berdasarkan keperluan dan bukannya sekadar suka-suka berbelanja dan bermewah tanpa keperluan.
3.Bagi kakitangan kerajaan, pemberian ini walaupun tidak besar jumlahnya bagi individu, namun sangat besar kepada perbendaharaan negara.  Saya percaya sebahagian besar kaitangan kerajaan akan bersyukur dengan bonus ini.  Jika ada segelintir yang masih bersikap madu diberi tuba dibalas biarlah Allah sahaja menentukan untung nasib mereka kemudian hari.
4. Adalah menjadi harapan kita agar pemberian bonus raya ini akan menaikkan lagi semangat dan dedikasi kakitangan kerajaan untuk terus bekerja keras bagi memakmurkan negara ini.
5. Saya percaya rakyat tidak merungut kakitangan kerajaan mendapat duit raya dan pelbagai keistimewaan jika mereka terus meningkatkan perkhidmatan awam.  Malahan Perdana Menteri mungkin akan mengumumkan bonus kepada kakitangan kerajaan dalam pembentangan Bajet akan datang.
6. Namun biarlah rakyat melihat dedikasi kakitangan kerajaan memberi perkhidmatan yang lebih baik dan meningkatkan pendapatan negara.  Janganlah pula selepas mendapat bonus raya pun kita akan dapati pejabat kerajaan masih tidak beroperasi biarpun raya telah masuk minggu kedua.  Jika ini berlaku rakyat akan mempersoalkan keputusan kerajaan.  Yang menjadi mangsa kemarahan rakyat nanti ialah pemimpin kerajaan.
7. Justeru kepada kakitangan kerajaan balaslah semula budi baik Perdana Menteri ini dengan memberi perkhidmatan yang terbaik.  Saya percaya bukan puji-pujian yang dipinta oleh Perdana Menteri tetapi kualiti perkhidmatan yang penting.  Namun adab dan budaya Melayu janganlah dilupa sehingga tangan yang memberi hendak digigit kemudian hari.

orang memberi
kita merasa
orang berbudi
kita berbahasa

*Tulisan ini dipetik dari blog Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor, kini sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List