Rumah Tangga UMNO Sg Petani panas......???

on Aug 27, 2010

Gerakan anti Ali dilancar di Sg Petani

Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Ali Yahya, terus dirundung krisis keyakinan apabila sekumpulan 200 ahli yang tidak sebulu dengannya, menggerakkan usaha mempertikaikan kepemimpinannya menerusi pakatan Gerakan Anti Ali (GAA).
GAA yang mendakwa menerima sokongan kira-kira 80 daripada 130 cawangan Umno dalam bahagian itu, turut mempertikaikan tindakan Badan Perhubungan Umno negeri Kedah yang mengekalkan jawatan Ali meskipun jawatan itu dipangku timbalan pengerusi Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Diketuai Abu Bakar Ahmad, GAA menuntut badan perhubungan Umno Kedah melucutkan semua jawatan yang masih disandang Ali, iaitu penyelaras parlimen dan pengerusi majlis pembangunan pertanian negeri yang diwujudkan atas kapasitinya selaku ketua bahagian.

Bercakap dalam satu sidang akhbar kelmarin, Abu Bakar berkata pihaknya kecewa dengan Ahmad Bashah yang didakwanya berbohong kepada ahli Umno bahagian dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengekalkan jawatan Ali sebagai ketua bahagian.

Menurutnya, GAA menganggap kenyataan Ahmad Bashah `tidak masuk akal' kerana Ali sepatutnya dilarang menghadiri sebarang urusan rasmi setelah pengurusan dan pentadbiran bahagian itu kini diambil alih Umno negeri.

Katanya, selaku pemangku ketua Umno bahagian Sungai Petani, Ahmad Bashah seharusnya lebih arif mengenai perlembagaan parti dan patut memahami sejarah Umno Sungai Petani yang pernah melalui pengalaman sama pada 1990-an.

Abu Bakar berkata, peristiwa itu membabitkan penyandang ketika itu, Datuk Shuib Lazim digantung tugas kerana masalah dalaman yang menyaksikan Pengerusi Umno negeri yang juga Menteri Besar, Tan Sri Osman Aroff ditugaskan Majlis Tertinggi (MT) mengambil alih pengurusan dan pentadbiran bahagian itu.

Katanya, Osman bertindak menyerahkan urusan pentadbiran bahagian kepada seorang ahli jawatankuasa pada ketika itu dan hanya memantau tetapi tidak seperti Ahmad Bashah yang didakwanya mencari jalan untuk menyelamatkan karier Ali semata-mata.

Menurutnya, sehingga kini Ahmad Bashah masih gagal mengadakan perjumpaan dengan GAA bagi berbincang mencari penyelesaian terhadap kemelut dalaman itu.

“GAA tidak akan teragak-agak melakukan sesuatu perkara yang lebih 'dahsyat' sekiranya Ahmad Bashah dan Umno Kedah masih bersikap lepas tangan dalam menangani masalah bahagian Sungai Petani,” tegasnya lagi.

Pada 11 Julai lalu, persidangan perwakilan Umno bahagian Sungai Petani kecoh apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ali berucap di majlis perasmiannya.

Gerakan anti Ali dilancar di Sg Petani

Keadaan bertambah kecoh apabila lebih ramai perwakilan bangun termasuk naib ketua bahagian, Datuk Firdaus Zakaria dan ketua Puteri Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof yang turun dari pentas meminta Ali berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara perwakilan dengan penyokong Ali.

Isu itu dirujuk kepada MT yang kemudian menyerahkannya kepada Badan Perhubungan Umno negeri untuk mencari jalan penyelesaian dengan diketuai Ahmad Bashah, yang dilantik pemangku ketua Umno bahagian Sungai Petani.

Minggu lalu, Ahmad Bashah mengumumkan Ali dikekalkan ketua bahagian tetapi diprotes GAA yang menganggap timbalan pengerusi Umno negeri itu (Ahmad Bashah) masih memangku jawatan Ali selaras dengan arahan MT dan Ali sewajarnya tidak memegang sebarang jawatan.

Sumber:- KedahLanie

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List