Telahan 'pandir' Mahathir bukti Umno dalam ketakutan kehilangan kuasa

on Aug 27, 2010



WarkahDaily - Mahathir hanya bermain dengan teori pandirnya apabila lebih suka melihat Melayu berasa takut kononnya bila Umno kalah dalam pilihanraya akan datang.

Mahathir mendakwa, jika Umno kalah, Melayu akan hilang kuasa dan tempat pergantungan.

Usah berfikiran sempitlah. Zaman sekarang ni, ugut-mengugut bukan lagi menjadi taruhan rakyat. Kalau zaman batu bolehlah. Itulah sebabnya Umno lebih suka rakyat negara ini berfikiran ketika zaman batu.

Apa nak takut sangat jika Umno kalah. Yang kalah adalah Umno, tetapi Melayu tetap kuat dan boleh jadi lebih kuat daripada sekarang kerana orang Melayu lebih terbela berada di bawah PAS. PAS lebih teruji dan terbukti lebih membela kaum itu berbanding Umno yang hanya mengambil kesempatan atas nama Melayu demi survival politiknya.

Kayanya Melayu ialah kroni keliling pinggang pemimpin Umno, segala ‘tongkat’ yang menjadi hak bumiputera hanya dapat dirasai oleh golongan tertentu sahaja yang ada kaitan dengan pemimpin Umno.

Yang kaya lagi kaya, yang miskin lagi miskin. Mereka ingin mengajar rakyat hidup hanya bergantung dengannya supaya senang diumpan ketika pilihanraya.

Tetapi mereka masih lagi menaruh perasaan takut itu kepada orang Melayu konon Melayu akan hilang jika Umno kalah. Itulah hanyalah ayat bagi orang yang dalam ketakutan berada di ambang kekalahan di samping tiada hujah lagi untuk berhadapan parti lawan mereka dari Pakatan Rakyat.



Politik Melayu: Mahathir sengaja buat tidak faham

PAS berpandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja membuat tidak faham dengan senario politik di negara ini.

“Berkali-kali PAS tegaskan kepada rakyat, kalau Umno kalah yang menangnya ialah PAS,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Sehubungan itu, katanya PAS kesal dengan kenyataan Dr Mahathir yang mengugut Melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan Melayu jika terus berpecah.

Jelasnya, Umno akan berhadapan dengan PAS di kawasan kerusi Melayu, yang tukarnya parti sahaja yang membawa dasar yang lebih jauh baik daripada Umno.

Baginya, sememangnya Mahathir jenis manusia yang buat-buat tidak faham.

Menurutnya, Mahathir masih menganggap bahawa Melayu wajib bersatu di bawah payung Umno sahaja, seolah-olah selain daripada Umno, Melayu tidak boleh bersatu.

“Inilah khurafat Umno yang terpahat dalam pemikiran pemimpin Umno seperti Dr Mahathir dan inilah juga kefahaman yang diterap kepada pegawai kerajaan melalui kursus-kursus Biro Tata Negara,” ujarnya.

Dulu, katanya pemimpin Umno sering mendakwa bahawa selain daripada Umno memerintah tidak akan maju.

Beliau menambah, hujah itu sudah lapuk di mana rakyat boleh menilai kemampuan pemimpin Pakatan Rakyat memerintah di negeri mereka, walaupun usia muda tetapi membuat pembaharuaan yang begitu pantas.

Rakyat, katanya telah melihat dari segi ketelusan dan merakyatkan kekayaan negeri untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

Menurutnya lagi, selama 22 tahun negara di bawah Dr Mahathir banyak dasar-dasar yang dilakukan merugikan orang Melayu, antaranya ialah berapa banyak tanah rezab Melayu bertukar dan tidak berganti, melaksanakan dasar pengajaran Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris walaupun merugikan orang Melayu di pedalaman.

“Beliau sendiri pernah mencadangkan supaya orang Melayu kena buang budaya subsidi, mencadangkan dasar meritokrasi, menarik royalti minyak di Terengganu, mewujudkan pegawai persekutuan di negeri Kelantan dan Terengganu, menarik bantuan perkapita sekolah agama rakyat.

“Banyak sangat kalau kita hendak tulis pengkhianatan beliau kepada Melayu semasa beliau berkuasa,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau mempesoalkan kenapa sekarang Mahathir begitu lantang seolah-olah mengugut orang Melayu mesti bersatu dengan Umno untuk meneruskan lagi penindasan kepada rakyat dan membiarkan rakyat menderita dan memudahkan suku sakatnya mengaut kekayaan negara.

“Apakah beliau takut dan wujudnya mimpi ngeri, kalau Pakatan Rakyat menang beliau sendiri tidak selamat?” tanya beliau. 

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List