ARKIB : 27/03/1998 Setiausaha politik Sabaruddin didakwa

on Jul 3, 2017


Hehe tu dia lum apa2 dah cakap RCI lagu tu..... mai kita kenal siapa pak menteri ni.... kita sungkit sikit kisah lalu dia....kaki kapor juga ni hehe.... baca artikel bawah ni slow2 lepas tu kita renung muka dia.....boleh percaya ke cakap pak menteri ni agak nya...
ARKIB : 27/03/1998
Setiausaha politik Sabaruddin didakwa
TEMERLOH 26 Mac - Setiausaha Politik Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan bersama dua lagi ahli Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi meluluskan gerai kepada saudara masing-masing dua tahun yang lalu.
Ismail Sabri Yaakob, 38, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Datuk Sabbaruddin Chik merangkap Ketua Pemuda Bahagian Temerloh dihadapkan ke mahkamah sejurus selepas ditahan pada pukul 10 pagi.
Dua yang lain yang dihadapkan bersama ialah Abdul Wahab Mat Aris, 60, dari Kampung Indah Lancang, Mentakab dan Md. Shabudin Wok, 47, dari Taman Sri Cahaya di sini.
Ismail Sabri yang beralamat di Petaling Jaya telah mengekalkan jawatan Ketua Pemuda bahagian setelah memperolehi 127 undi menewaskan Zakaria Abdul Wahab yang mendapat 89 undi pada persidangan perwakilan Sabtu lalu.
Majistret Aedi Tajudin menetapkan tarikh sebut semula kes pada 15 April ini dan memerintahkan masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Ketiga-tiganya membayar wang ikat jamin tersebut.
Mereka telah ditahan oleh pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) di pekarangan MPT pada pukul 10 pagi ini sebelum dihadapkan ke mahkamah.
Pendakwaan telah dilakukan oleh pegawai BPR, Ahmad Sabri Mohamad.
Mengikut fakta kes, Ismail Sabri telah meluluskan sebuah gerai di Bukit Angin milik MPT kepada anak saudaranya, Azhar Mohamed pada mesyuarat penuh yang ketika itu Majlis Daerah Temerloh pada 28 Jun 1996.
Sehubungan itu, beliau yang juga seorang peguam telah melakukan perbuatan tersebut menggunakan kedudukannya untuk kepentingan sendiri.
Md. Shabudin pada tarikh dan mesyuarat yang sama pula telah meluluskan sebuah gerai lain di kawasan tersebut bagi pihak bapa saudara isterinya, Hamzah Mat Aris.
Abdul Wahab juga turut pada tarikh dan tempat yang sama meluluskan gerai itu kepada Hamzah yang juga adiknya.
Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 2(1) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970 jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara 14 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, Ismail Sabri telah 'melarikan diri' ikut pintu belakang mahkamah bagi menghindari jurugambar sebelum menyorok dengan berbaring di tempat duduk belakang keretanya.
Jurugambar yang sedang menunggu di pintu utama mahkamah gagal merakamkan gambarnya.
Oleh: NOR SEDEK ISMAIL
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…
© Utusan Melayu (M) Bhd


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List