MAKA BERKATA LAH PROF MADYA AGUS YUSOFF..........???

on Sep 27, 2010

Masalah Pemilihan Cabang Sebahagian Proses Kematangan Politik - Pensyarah UKM




SHAH ALAM 27 SEPT: Masalah di beberapa cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengaplikasikan sistem undian langsung adalah sebahagian proses kematangan politik, kata Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, hari ini.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau mengakui sistem undian langsung yang dilaksanakan dalam pemilihan cabang PKR kali ini, menyamai prinsip demokrasi tulen dan selaras dengan tuntutan kuasa rakyat atau People’s Power.

"Kekecohan itu biasa. Anda tidak boleh elak dalam pemilihan ini, ada kutuk-mengutuk dan kekecohan. Itu adalah proses kematangan politik di mana-manapun termasuk di Amerika, di England. Cuma kita ada saluran untuk membuat protes dan perlu mengikut undang-undang,” katanya.

Dr Agus berpendapat, kekecohan itu adalah sebahagian proses kematangan politik dan menganggap masalah yang berlaku di beberapa cabang harus dipandang dari sudut positif berikutan kesediaan penggiat politik dan ahli parti, untuk membuat perubahan.

Beliau juga percaya, proses menentukan pemimpin berdasarkan kuasa undi melalui ahli akar umbi dan bukannya di kalangan pemimpin parti, sangat efektif dalam menegakkan amalan demokrasi di negara ini.

"Jikalau dapat diurus dengan baik, ini adalah sistem yang perlu dikekalkan dan dimantapkan supaya ahli boleh menentukan secara langsung siapa yang mereka hendak menjadi pemimpin," kata beliau lagi

Sistem undian langsung yang julung kali dilaksanakan oPKR pada pemilihan cabang semalam menerima kritikan hebat pelbagai pihak berkepentingan semata-mata wujud beberapa masalah di beberapa cabang.

Sedangkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyatakan 168 cabang yang turut mengadakan pemilihan berjalan lancar tetapi media arus perdana lebih berminat kepada isu melibatkan lapan cabang bermasalah.

"Jadi kalau kita takut kepada kekecohan, takut kepada perbezaan pendapat, tidak payah berpolitik," tegas beliau.

Dr Agus berkata, semua parti politik, baik parti pemerintah mahupun parti pembangkang lain wajar mencontohi kesungguhan PKR yang melaksanakan sistem undian langsung.

Beliau turut menasihati pemimpin yang tewas supaya menerima kekalahan dengan hati terbuka kerana keputusan pemilihan adalah kehendak majoriti ahli akar umbi.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List