ILHAM: BN dijangka menang, majoriti tiga ribu......

on Jan 29, 2011

Tunggu kebenaran bancian ILHAM......


NONE

Keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang yang dijadualkan esok dijangka memihak kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim. Namun hasrat Umno untuk meraih majoriti melebihi lima ribu undi diramalkan tidak kesampaian.

Laporan banci badan penyelidikan bebas ILHAM Centre yang dikeluarkan pagi ini menunjukkan calon BN sehingga kini mendahului PAS dengan majoriti sekitar tiga ribu undi.

BN dijangka memperolehi sekitar enam ribu hingga tujuh ribu undi manakala PAS pula dikatakan akan hanya mengutip dalam lingkungan empat ribu undi. 

Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan kaum lain (75 peratus). 
NONE
Menurut ILHAM, kajian dijalankan pada 26 hingga 28 Januari 2011 lalu untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.

Tinjauan selama dua hari secara komprehensif ini dilakukan di sebuah daerah mengundi dengan menemubual pengundi berdaftar secara bersemuka di 10 daerah mengundi daripada 13 daerah mengundi di DUN berkenaan.

Seramai 549 orang yang terdiri daripada semua komposisi kaum, peringkat umur dan pekerjaan dijadikan sampel kajian ini.

Berdasarkan kajian ILHAM, faktor utama responden memberi undi adalah berasaskan parti berbanding faktor calon dan isu yang dimainkan. 

Azahar lebih popular 

Faktor parti diwakili 62.5 peratus daripada keseluruhan responden.

Jika dilihat kepada kekuatan calon, kedua-dua parti dilihat mempunyai kelebihan masing-masing. 
NONE
Namun calon BN, Mohd Azhar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai “Tok Ai” mendapat 91.4 peratus dikenali oleh pengundi. Manalaka Normala Sudirman atau lebih popular dengan panggilan Cikgu Mala mendapat 79.6 peratus undi di kalangan responden.

Isu serangan peribadi kerana Normala mengenai memakai sarung tangan bila berjabat tangan dengan pengundi lelaki didapati tidak memberikan kesan kepada responden sebagai isu yang kuat. 

Begitu juga isu lainnya seperti penyelewengan tanah, suami Cikgu Mala sakit dan sebagainya tidak cukup untuk mempengaruhi pola pengundian.

pas tenang normala sudirman shaking handsKajian juga memdapati jentera PAS di Tenang kali ini cukup agresif dalam siri-siri kempen dan ziarah rumah ke rumah. Dengan menyasarkan undi wanita dan kakitangan kerajaan terutamanya guru, tema Cikgu Mala dilihat signifikan dalam strategi kempen PAS. 

Namun, berdasarkan maklum balas responden di perkampungan tradisi sekitar Kampung Tenang, Pekan Ayer Panas, Kg Redong, tidak berlaku anjakan ketara paten sokongan. 

Jentera PAS dan Pakatan Rakyat juga dilihat belum mempunyai daya tarikan untuk mengubah pendirianpolitik golongan peneroka Felda, meskipun terdapat sedikit sinar harapan terutama generasi kedua Felda yang mempunyai pendirian politik rasional untuk memilih Pakatan Rakyat.

tenang by election 280111 pakatan ceramah crowdDi kawasan bandar Labis dan beberapa lokaliti majoriti pengundi Cina, ILHAM mendapati, tahap sokongan pengundi Cina kepada PAS tidak ketara walaupun terdapat protes senyap di kalangan pengundi Cina. 

Tiada bendera BN 

Ini dapat dilihat dengan ketiadaan bendera BN di kawasan kediaman pengundi Cina berbanding perkampungan Melayu.
Pengundi Cina juga dilihat kurang berkeyakinan dengan Pakatan Rakyat kerana jentera dilihat tidak bersepadu sepertimana jentera BN. Kesannya, Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat sokongan daripada pengundi Cina sepertimana yang diharapkan.

tenang by election 280111 hot dance at 1 malaysia new year party
Di kalangan pengundi Melayu pula, rupabentuk kerjasama Pakatan Rakyat masih kabur di kalangan kebanyakan pengundi. Di samping kejayaan media BN memanipulasi beberapa isu berkaitan perkara ini, pergerakan kempen calon PAS turut tidak meyakinkan pengundi. 

Menurut ILHAM, pergerakan rumah ke rumah Cikgu Mala misalnya tidak disertai tokoh-tokoh lain selain pemimpin-pemimpin PAS sahaja.

malaysiakini

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List