HERO PASIR DAH SENYAP SUNYI.....NAPER.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

on Aug 24, 2010

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: ‘Hero pasir’ di Selangor tidak berani berkokok lagi setelah kerajaan negeri mengambil langkah serius untuk membanteras rasuah yang melibatkan perlombongan pasir.
Sehubungan itu, PAS mengucap tahniah atas kesungguhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang bersungguh-sungguh untuk mewujudkan kerajaan yang telus dalam pentadbirannya.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ini berikutan tindakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di Selangor.
Persetujuan itu dicapai pada pertemuannya dengan SPRM di pejabat Menteri Besar.
Tujuan penubuhan pasukan petugas khas, supaya SPRM lebih bebas untuk memantau perjalanan operasi KSSB dan mengesan sekiranya ada prosedur yang boleh membuka ruang kepada rasuah.
“PAS berpandangan tindakan ini adalah menunjukan betapa serius kerajaan PR yang hendak memastikan khazanah bumi Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Selama ini, katanya industri pasir adalah merupakan lubuk emas untuk kroni Umno di mana kesannya yang kaya ialah kroni, manakala negeri dan rakyat ibarat memakan lumpur.
Menurutnya, apabila industri pasir yang distruktur semula selepas Pakatan Rakyat memerintah selepas PRU 12, maka suasana telah berubah.
Ini, jelasnya dibuktikan dengan kutipan royalti semasa Pakatan Rakyat memerintah antara tahun 2008-2009 sebanyak RM12.93 juta, jauh mengatasi zaman BN daripada tahun 2006-2007 hanya RM8.66 juta sahaja.
Katanya, keputusan yang bijak itu telah mematikan isu pasir di Selangor, kononnya berlaku penyelewengan oleh `hero pasir’, Datuk Noh Omar dan Datuk Seri Mohd Khir Toyo.
“Kita mengharapkan kalau boleh SPRM membuka balik fail-fail projek pasir yang dikendalikan oleh kerajaan BN dahulu, supaya rakyat tahu siapakah perompak pasir di Selangor,” ujarnya lagi.
Sekarang, tambahnya Noh tidak berani berkokok lagi, terutama selepas Tan Sri Khalid Ibrahim meminta secara rasmi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hishammuddin Husein Onn, Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri supaya menangkap siapa yang mencuri pasir dan melanggar undang-undang.
Ini, ujarnya ditambah pula dengan tindakan terbaru yang berani untuk menempatkan menubuhkan petugas khas di pejabat KSSB.
“Sekarang apa lagi Datuk Noh dan Datuk Seri Khir Toyo mahu?” soalnya.
Sumber:- Harakahdaily

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List