Raja Petra tidak lagi sehaluan dengan Pakatan...??? Betul Ke Tu.......???

on Oct 4, 2010

Raja Petra Kamarudin, yang kononnya dianggap sebagai seorang penulis blog politik bebas, tetapi sebenarnya berpihak kepada pembangkang dikatakan kini tidak lagi sehaluan dengan
Pakatan Rakyat.

Menurut portal berita The Malaysian Insider, Raja Petra, juga dikenali sebagai RPK, menyatakan rasa kurang senang dengan apa yang beliau dakwa kegagalan Pakatan memenuhi manifesto pilihan raya sekalipun sudah menguasai beberapa buah negeri selama lebih dua setengah tahun. 

raja petra kamaruddin and malaysia today 250707Pernyataan rasa kecewa RPK dilahirkan pada majlis dialog dengan rakyat Malaysia di London pada Ahad yang turut dihadiri oleh pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

RPK juga mengancam menarik diri daripada menyokong PR dalam pilihan raya kecil Galas akan datang oleh kerana PR telah gagal memenuhi janji yang dipersetujui sebelum pilihan umum Mac 2008. 

Sebagai respons kepada pernyataan RPK, Anwar meminta agar ada persefahaman dan mendakwa banyak pembaharuan tidak dapat dilaksanakan tanpa kawalan kerajaan persekutuan. 

- Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List