Mungkin Kerana Tahu Berapa Banyak Wang Yang Bakal Turun, Akhirnya Ku Li Tergamak Menerima Jawatan Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Galas !!
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah(foto) menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Beliau berkata ia merupakan tanggungjawab sebagai anggota UMNO danKetua UMNO Bahagian Gua Musangselama hampir 50 tahun, selain anggota Parlimen kawasan berkenaan. Bagaimanapun, katanya, persoalan sama ada dilantik sebagai calon tidak timbul kerana beliau perlu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakserta bermesyuarat mengenai perkara itu Isnin depan. "Kita belum mengadakan mesyuarat pun. Kita bincang tadi, mungkin saya akan jumpa Perdana Menteri pada hari Isnin depan. "Selepas itu, kita akan mengadakan mesyuarat, dan selepas mesyuarat, kitaakan mengadakan sidang media, memaklumkan apa yang kita bincangkan dalam mesyuarat itu," katanya kepada pemberita.Ku Li Di Sambut Bagai Seorang Pemimpin Hebat
[Usahlah kita terkejut dengan perkembangan ini. Ku Li tergamak menjual maruahnya yang dicaci dan diperlekehkan UMNO selama ini hanyalah kerana melihat berapa banyak wang yang akan turun di Galas dalam masa terdekat ini. Beliau tahu, jika ditolak maka sudah pasti orang lain yang akan sapu wang tersebut. Maka lebih elok diterima, kalah atau menang tidak menjadi halangan baginya. Apa yang penting, inilah masanya untuk merompak semula wang yang bakal ditaburkan kepada pengundi di pilihanraya kecil itu sebenarnya. Malah, kita juga tidak hairan kenapa UMNO Kelantan beriya-iya benar mahu bertanding disitu. Kerana mereka juga amatlah mengharapkan duit durian runtuh yang akan datang mencurah-curah tidak lama lagi. Maka itu, kenapa kita harus hairan dengan pendirian Ku Li ini. Beliau sepatutnya bersikap "Neutral" dan tidak terikut-ikut untuk terlibat secara langsung dengan pilihanraya kecil ini, tambahan beliau dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk mempertahankan hak-hak berhubung dengan isu royalti minyak. Tindakan dia menerima jawatan ini, akan mewujudkan jurang pemisah semula antara hubungannya dengan kerajaan negeri. Rakyat akan menjadi benci semula kepada Ku Li, selepas mereka sanggup menerimanya sebelum ini]. PDO

0 comments:
Post a Comment