DARI MATA PENA MOHD SAYUTI OMAR.........???

on Nov 24, 2010

Tiada Rombakan Kabinet?

Perhubungan Negeri Pasti Berubah





PERDANA Menteri, Najib Razak nampaknya menolak kemungkinan rombakan kabinet dalam masa terdekat ini. Semasa menjawab pertanyaan (kemusykilan) wartawan Najib enggan mengiyakan ataupun menidakkannya. Beliau hanya mengatakan "kalau ada, adalah...kalau tidak ada tidaklah". Jawaban itu subjektif, mungkin ada mungkin tidak.

Sebagai seorang dikenali tidak banyak 'kluk klik' pernyataan Najib itu boleh dipercayai. Kalau tiada rombokan kabinet ada munasabahnya. Walaupun Najib memperkenal KPI terhadap anggota kabinetnya tetapi penilaian berkenaan tidak dipraktik buat masa ini. Memang jika dilihat ada menteri yang tidak mencapai nilai KPI yang dikehendaki oleh Najib. Nyata sekali kegagalan dan kelemahan beberapa menteri berkenaan.

Sehubungan itu terdengar berbagai desas desus kononnya si anu akan dibawa masuk dalam kabinet dan si anu pula akan ditendang keluar. Nama-nama popular yang dikatakan antara akan dikenakan tindakan atau pun dibuang dari kabinet, Menteri Beliau dan Sukan,Ahmad Shabery Chik, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Penggunan, Ismail Sabri Yaacob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Bahrum.

Nama-nama ini sudah berlegar di udara dan menyebabkan batang tubuh berkenaan sudah menggeletar dan mula tidak nyenyak tidur. Ada juga menteri yang sudah berjumpa ustaz dan bomoh untuk melihat bagaimana nasib dan masa depan politiknya. Ada juga yang sudah mengemaskan barang-barang di pejabat untuk sedia berpindah seperti mana anak-anak sekolah mengemaskan kerusi meja menjelang saat locing pulang berbunyi.

Manakala nama-nama yang dikatakan akan dibawa masuk ke dalam kabinet, Tengku Adnan Mansor, Idris Jusoh dan Zainol Panjang. Saya tidak terfikir pula kalau Khairy Jamaluddin akan dibawa masuk sama. Selagi Dr Mahathir Mohamd masih menjadi dalang dalam politik Malaysia selama itulah Khairy hanya akan diletakkan di kaki lima Umno saja sebagai penjaga garisan.

Bagaimana pun pada saya seperti mana yang telah saya postingkan sebelum ini, tidak ada keperluan untuk Najib merombak kabinetnya apa lagi menukar muka lama dengan muka baru dewasa ini. Pertukaran tidak akan banyak membawa kebaikan dan perubahan, sebaliknya akan menimbulkan masalah dan membawa kelukaan.

Masalah yang ada di depan Najib kini, beliau tidak ada tokoh yang berkelayakan untuk dilantik menjadi menteri. BN atau Umno tidak macam dulu lagi boleh pilihan mereka yang terbaik dari kalangan mereka. Tetapi bila parti itu kehilangan banyak darah dan tokohnya kalah, dalam pilihan raya lalu menyebabkan PM terpaksa mengambil mereka yang tidak layak ataupun berpengalaman sebagai jadi menteri.

Sebab itu kalau diperhatikan sesetengah menteri langsung tidakperforme dan ideanya jauh lebih buruk daripada idea ketua cawangan.

Tentunya juga dalam keadaan sekarang ini Najib tidak mahu mencari fasal. Kalau dia membuang menteri dan diganti dengan muka baru ia mungkin menimbulkan masalah. Apa kata kalau menteri yang dibuang itu tidak lagi menunjukkan kesungguhan mereka untuk mempertahankan parti? Merajuk ataupun mengambil sikap tidak mempedulikan parti? Faham sendirilah orang Umno ia berbeza dengan orang-orang Pas? Orang Umno lebih kurang saja dengan orang PKR.

Justeru saya tetap yakin Najib bukan tidak perlu melakukan rombakan kabinet, tetapi beliau juga kurang berani untuk bertindak demikian. Beliau kena fikir, apakah kesan pertukaran itu nanti. Jadi bagi Najib biarlah menteri yang ada ini terus kekal sehingga habis penggal Parlimen ke 12. Najib tidak payah pusing-pusing kepala semata-mata kerana ingin mencapai KPI yang dibuatnya.

Bagaimana pun ura-ura kemungkinan berlaku rombokan dalam Badan Perhubungan Umno negeri-negeri kemungkinan akan berlaku. Desakan agar beberapa pengerusi perhubungan yang ada sekarang ini ditukar juga bergema dalam perhimpunan lalu. Rombakan itu juga nanti dilihat bagi Umno mengukuhkan kedudukannya untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Rombakan itu juga perlu bagi mengukuhkan kedudukan Umno negeri-negeri.

Antara pengerusi yang didesak agar digugurkan ialah Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang yang kini disandang oleh Ahmad Zahidi Hamidi. Ketua bahagian Nibong Tebal, Zainol Panjang katanya akan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Umno Pulau Pinang. Pembuang Zahid itu juga katanya akan menggembirakan Zahid sendiri. Zahid sebelum ini mencadangkan supaya Umno Pulau Pinang diserahkan kepada anaka Pulau Pinang.

Pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Mohd Shafei Afdaljuga katanya akan ditukar. Tempat beliau akan diisi oleh bekas MB,Mahadzir Khalid. Begitu juga dengan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor yang kini dipegang oleh Najib juga akan bertukar. Bekas Menteri Kerja Raya Zain Abdullah dikatakan akan lantik menjadi pengerusi perhubungan negeri.
Perlantikan Zain ini kononnya bagi mengelakkan berlaku pertembungan antara puak Noh Omar dengan puak Khir Toyo yang kini cuba menguasai Umno Selangor. Zain juga dikatakan akan dilantik semula menjadi menteri.

Kedudukan pengerusi Wilayah Persekutuan yang kini disandang oleh Muhyiddin Yassin juga akan turut berubah. Tengku Adnan Mansor dikatakan akan dilantik menjadi pengerusi Umno Wilayah. Beliau pernah menjadi pengerusi Wilayah sebelum ditukar kepada Zulhasnan Rafuqe. Pertukaran ketua perhubungan Selangor dan Wilayah Persekutuan ini kerana mengelakkan presiden dan timbalan presiden menjadi pengerusi perhubungan.

Manakala pengerusi Umno Terangganu pula akan bertukar tangan dari Hishamuddin Hussein kepada bekas MB, Idris Jusoh. Idris akan dilantik semula menjadi pengerusi, sementara MB Ahmad Said akan kekal sebagai timbalan pengerusi.

Perlantikan pengerusi negeri yang baru itu dilihat sudah wajar dan kena pada tempatnya. Tetapi perlantikan Idris Jusoh selaku pengerusi Umno Terangganu mungkin ganjil dan pelik sedikit. Umum tahu waktu ini MB ialah Ahmad Said, sepetutnya Ahmad Said dinaikkan pangkat menjadi peneraju. Apa lagi Ahmad Said telah menunjukkan kemampuan dan kewibawaanya semalam menjadi timbalan kepada Hishamuddin. Walaupun timbalan tetapi Ahmad Said banyak menjalankan tugas sebagai ketua memantapkan Umno Terangganu.

Kalau cadangan ini benar, rasanya tindakan itu tidak bijak. Jika ia tetap juga berlaku ini bermakna Presiden yang bertanggungjawab membuat perlantikan tidak mengambil kira suara akar umbi dan juga suasana di Terangganu. Sepatutnya Najib sedar selama dua tahun Ahmad Said diserang kiri dan kanan oleh kumpulan Idris Jusoh, namun belliau tenang saja. Malahan kedudukan dan perpaduan Umno Terangganu makin padu. Perlantikan Idris dibimbangi akan mengelombangkan semula Umno Terangganu.

Sudah tentu kalau Idris Jusoh dilantik keadaan yang kini sudah tenang akan berkucah semula. Mungkin Ahmad Said boleh menerimanya, tetapi bagaimana sekumpulan pemimpin bahagian Umno yang lain? Mereka yang selama ini kesal atas tindakan degil Idris Jusoh pasti akan menentangnya. Justeru Najib harus fikir kembali implikasi ini. Melantik Idris sebagai menteri mungkin tidak menjadi masalah, tetapi kalau dilantik jadi pengerusi ia akan menimbulkan problem di Terangganu.

Jadi selama lautan China Selatan kini tenang jangan cuba dilemparkan objek bernama Idris Jusoh ke tengahnya. Kerana ditakuti akan laut akan bergelombang dan ombaknya merecik ke hidung!

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List