SABAH DAN SARAWAK......Kesian kamu orang........???

on Nov 17, 2010




Sabah dan Sarawak antara negeri paling tinggi kadar kemiskinan dalam kalangan rakyatnya. Pendek kata... senang cerita..... mereka negeri termiskin di Malaysia.

Satu dunia tahu. 'Pengiktirafan itu diberikan oleh Bank Dunia.

Hello Sabahans and Sarawakians...., wa tak tipu. Betul.... wa cakap lu. Negeri lu orang, termiskin di Malaysia. Dulu... kini dan selamanya akan miskin.

Dulu... masa belum sertai Persekutuan Malaysia, kini.... setelah menjadi sebahagian negeri dalam Persekutuan Malaysia dan selamanya... jika terus berada di bawah pemerintahan UMNO/BN., kamu akan terus jadi negeri miskin. Tapi apa nak buat... you all yang degil, mahu terus diperintah oleh sang-sang buaya. Kau orang terimalah kesannya daripada apa yang kau orang dah pilih.

Ironisnya.... negeri you kaya but you all, rakyat terbanyak... hidup miskin. Tetapi... lu orang punya para pemimpin, fuulaamakk.... kaya raya beb!! Hidup mewah, harta berlambak.... Dalam negeri, luar negara... melimpah ruah harta kekayaan mereka. Bini pulak, sampai dua tiga orang.

Mereka dibuai kemewahan, sedangkan kawasan.... terus-terusan terabai. Kawasan di bawah jagaan mereka mundur tanpa pembangunan. Rakyat hidup diselubungi kemiskinan dan dikelilingi kemunduran.


Fuiyo... Ini harta milik pemimpin dari mana, ya?? Nak tahu lebih lanjut. Baca dan tengok lagi di sini.


Aha.... yang ni pemimpin dari mana pulak, ya?? Amboi.... gumbiranya bersama isteri muda. Weh.... banyaknya bawak barang. Shopping sakan, ek??? Cer you all usya lagi di sini. Kamu rasa, kalau mamat tu tak kaya, minah tu teringin tak?? Sure... mamat tu kaya punyer!! Kaya dan raya.

Itulah dia al kisah para pemimpin Sabah dan Sarawak dengan harta kekayaan dan gaya hidup mewah mereka. Rakyat Sabah dan Sarawak apa dapat?? Negeri Sabah apa jadi??

Hmmm..... jadilah NEGERI YANG TERMISKIN DI MALAYSIA.

Allah SWT tidak akan mengubah nasib you all, sekiranya you sendiri tidak berusaha untuk mengubah nasib you all.

Nak berubah.... be smart. Be wise. Bijak membuat pilihan. Aha... aha... PRU13 dah dekat dah. You all fikirlah apa yang you all mahu.... Terus-terusan mahu hidup miskin dalam NEGERI TERMISKIN di Malaysia??

Kamu fikirlah sendiri....


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List