KESAN FACEBOOK......???

on Dec 17, 2010

SUAMI DAN ISTERI mengadakan hubungan terlarang dengan suami dan isteri orang di laman sosial Facebook, baru-baru ini. Hubungan mereka sampai ke tahap mengadakan hubungan seks.

Pasangan berkenaan memuat turun beberapa gambar seksinya untuk tatapan suami maupun isteri tersebut.

Dan pasangan mereka juga dapat mengesan hubungan mereka iaitu samaada suami atau isteri melalui telefon bimbit.

Sehingga kini pasangan pasangan tersebut masih dihantui kandungan emel, sms, mms serta gambar-gambar lelaki dan perempuan itu. Macam mana  hendak lupakan semua itu dan mengembalikan kasih sayang suami dan isteri demi rumahtangga mereka.

Jawapan

FACEBOOK adalah salah satu khidmat jaringan sosial dan laman web yang menduduki tempat pertama selepas dilancarkan pada Februari 2004.

Sekarang ini ia sudah mempunyai lebih 500 juta pengguna seluruh dunia yang begitu aktif bertukar-tukar maklumat. Setiap pengguna Facebook akan membentuk profil peribadi sendiri dan pengguna lain sebagai kawan dan seterusnya akan bertukar mesej (http://en.wikipedia.org/wiki/Facebook).

Walaupun laman web ini sangat berguna dalam konteks perhubungan sosial, ia juga mengundang perkara negatif dan penyalahgunaan seperti pembaziran waktu kerja, menggalakkan perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan, mendedahkan rahsia peribadi dan rumah tangga kepada umum dan berlaku penipuan.

Ada juga rumah tangga yang hancur akibat hubungan berkenaan. Begitulah antara cabaran dalam dunia siber sekarang.

Hanya keimanan dapat menangkis pengaruh negatif daripada menyerap masuk dalam dada umat Islam.

Hal yang sama berlaku kepada anda suami isteri apabila suami terbabit dalam hubungan dengan isteri orang.

Perbuatannya adalah salah di sisi agama dan undang-undang. Ia tentu sekali mengganggu ketenteraman jiwa seorang isteri dan keharmonian rumah tangga yang dibina.

Jika ia berterusan maka rumah tangga akan terus berantakan dan musnah.

Oleh itu, anda sepatutnya bertindak bijak dengan berbincang dengan suami dan sekiranya perlu, bawa perkara berkenaan ke pengetahuan keluarga masing-masing.

Suami perlu bertaubat kepada Allah kerana melanggar larangan Allah s.w.t sehingga terbabit dalam dosa zina. Sekiranya dia masih berdegil, ambillah 'tindakan' yang lain walaupun ia sangat pahit.

Allah berfirman: "(Lazimnya) perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..." (Surah al-Nur ayat 26)

Oleh Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List