Macam Tu Le Datuk Bun........???

on Jan 21, 2011


Chong Wei mara ke suku akhir Terbuka Proton




Kehadiran Datuk Misbun Sidek yang duduk di kerusi jurulatih pada perlawanan pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Proton Malaysia Siri Super malam ini ternyata menyemarakkan semangat perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei yang menentang Hu Yun dari Hong Kong melakukan serangan bertubi-tubi sebaik permainan permainan bermula, menyaksikan beliau menang mudah 21-6, 21-9 untuk mara ke suku akhir esok.

Pemain nombor satu dunia itu akan bertemu Nguyen Minh dari Vietnam.

"Saya tak sangka Misbun akan hadir malam ini. Sekarang saya hanya fikir untuk buat yang terbaik dan fokus untuk menang kejohanan ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di sini.

Bagaimanapun kata Chong Wei, beliau tidak tahu sama ada Misbun telah memberi jawapan untuk kembali berkhidmat di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan berharap isu di antara Misbun dan badan itu selesai secepat mungkin.

Turut mara ke suku akhir esok ialah beregu negara Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How setelah menundukkan beregu Singapura Hendri Kurniawan Saputra/Chayut Triyachart 21-16, 21-15.

Mereka dijadualkan bertemu Naoki Kawamae/Shoji Sato dari Jepun.

Sementara itu, ketua jurulatih negara Rashid Sidek berkata kedatangan Misbun pada malam ini tidak dijangka.
"Masa datang, dia meminta untuk duduk di tempat ”coach” jadi saya mengizinkan beliau,” katanya.

Bagaimanapun, pembantu jurulatih Tey Seu Bock berkata beliau dan Chong Wei ada menghubungi Misbun beberapa hari lepas untuk memujuknya hadir ke kejohanan tersebut.

"Semalam juga saya ada mengajak beliau, tapi katanya dia ”busy”.. tak sangka dia akan datang malam ini dan duduk bersebelahan saya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat BAM Ng Chin Chai berkata persatuan itu telah menghantar surat kepada Misbun meminta beliau menimbang semula perletakan jawatannya.

"Dalam surat itu juga kami menjemput Misbun untuk hadir sebagai jurulatih Chong Wei pada Terbuka Malaysia. Kehadiran beliau malam ini menunjukkan beliau memberikan respon yang positif,” katanya.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List