TS Khalid :- Tokoh Korporat Atau Ahli Politik.......???

on Jan 6, 2011

Umum mengetahui bahawa MB Selangor sekarang adalah bekas seorang korporat yang pernah mengendalikan bisnis besar dan berjaya. Beliau tidak dilihat sebagai seorang ahli politik sebelum terjun ke dunia politik dan secara amat cepat memegang tampuk pemerintahan negeri paling maju di Malaysia.

Isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri yang baru bagi negeri Selangor adalah ujian paling besar yang dihadapi oleh Khalid. Ujian ini akan menjadikannya ahli politik yang berjaya atau ahli korporat yang keparat.

Kemelut yang berlaku sekarang boleh dibaca sebagai kelekaan menteri besar. Kalau anda biasa dengan penyambungan kontrak tugas anda, biasanya 6 bulan sebelum kontrak tamat, usaha untuk menyambung atau menamatkan kontrak telah dimulakan. Jawatan S/U kerajaan negeri bukan satu jawatan yang kecil dan umum mengetahui bahawa jawatan tersebut membawa implikasi yang besar, namum MB kelihatan seolah mengambil enteng mengenainya sehingga orang baru dinamakan untuk jawatan tersebut.

Kita tahu bahawa perlantikan Khusrin adalah satu usaha UMNO untuk circumvent pengurusan negeri Selangor. Sepatutnya MB juga telah lama baca keadaan ini dan sepatutnya juga telah bertindak secara pre-emptive supaya suasasa sentiasa dalam kawalan beliau.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh MB mengenai kuasa sultan Selangor dan peranan sultan Selangor juga bukan menjulang MB kepada kedudukan yang lebih kukuh, tetapi meletakkan beliau dan kerajaan negeri Selangor sekarang situasi menghalakan tanduk terhadap istana.

MB Khalid kelihatan membuat multiple error, dengan mengatakan bahawa perlembagaan negeri Selangor akan dipinda untuk mengembalikan kuasa sultan, dan segera dijawab oleh istana ... tunjukkan draf dulu...

Saya tidak pasti sekiranya PR Selangor mempunyai cukup undi untuk meminda perlembagaan negeri. Tetapi apa yang dihebohkan oleh pihak lawan ialah mereka tidak punya undi yang cukup untuk tjuan sedemikian.

Di sinilah letaknya kelicikan seorang ahli politik yang berwibawa. Kita mahu lihat Khalid boleh menterbalikkan keadaan ini daripada kemelut sekarang, di mana ahli kerajaan negeri Selangor sekarang mahu tidak mahu terpaksa menghadhiri majlis angkat sumpah Kusrin, kepada suatu keadaan yang menguntungkan beliau dan PR.

Kalau Khalid pandai bersilat politik, pindaan perlembagaan itu yang akan menjerat UMNO. Walaupun undi tidak cukup, kerajaan PR berusaha untuk mengembalikan kuasa sultan. Kalau UMNO dan BN tidak sokong, maknanya merekalah yang derhaka dengan sultan.

Untuk hari ini Khalid kena hadhir majlis sultan, kerana ada dua tiga acara yang dilangsungkan bersama sama dengan majlis angkat sumpah Khusrin.

Kau lulus yang ini, baru kau lulus SPM, Khalid

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List