Alahai Anwar...Cerita Le Kat Rakyat Sarawak....

on Feb 20, 2011

Anwar: Taib dan BN Harus Akur Rakyat Sarawak Tertindas






Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan seluruh Barisan Nasional(BN) tidak boleh lari dari dalil bahawa pemerintahan rasuah, penyelewengan kuasa dan rampasan tanah adat sekian lama menyebabkan sebilangan besar rakyat negeri itu terus dibelit dengan kemiskinan dan kemunduran.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata biar apa pun mesej baru yang cuba ditiupkan oleh pemerintah bagi pilihanraya negeri yang bakal diadakan bila-bila masa, hakikat adalah BN menindas rakyat Sarawak secara berterusan.



Anwar berkata Taib dan parti-parti BN Sarawak ghairah membawa fitnah kononnya undi untuk Pakatan Rakyat bererti memberi laluan kepada parti dari Semenanjung untuk menjajah Sarawak namun kempen keji lagi terdesak sedemikian tidak akan berjaya kali ini.



"Itu semua gambaran daripada puak-puak yang menyokong Umno. Soalnya Umno, PBB(Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan BN sudah perintah lebih setengah abad di Sarawak tetapi tidak ada apa-apa perubahan untuk membantu rakyat miskin kerana rasuah. Ini semua berlaku walaupun Sarawak kaya dengan kayu balak dan minyak," kata Anwar kepada Tv Selangor di Pulau Pinang semalam.



"Sekarang ini, rakyat Sarawak ada pilihan untuk membetulkan ketelanjuran dan menggantikan kerajaan rasuah BN dengan cara tadbir Pakatan Rakyat seperti di Selangor, Kedah, Kelantan dan Penang," tegas beliau.



Anwar menggesa penduduk Sarawak tidak melepaskan peluang keemasan untuk menukar kerajaan negeri sekarang dan memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk mengembalikan kekayaan negeri itu kepada rakyatnya.



Jika berjaya menawan Sarawak, Pakatan Rakyat antara lain mahu menubuhkan sebuah suruhanjaya tanah bagi memulihkan hak penduduk yang menjadi mangsa rampasan tanah oleh pemimpin kerajaan dan agensi berkaitan secara berleluasa.



Di peringkat persekutuan, gagasan itu akan meningkatkan royalti petroleum kepada Sarawak dari lima peratus kepada 20 peratus, jika ia berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.



Isu rampasan tanah adat dan dakwaan ahli keluarga dan kenalan rapat Taib diberikan kontrak dan permit balak ratusan juta ringgit adalah antara perkara utama yang mencetuskan kemarahan rakyat terhadap Taib Mahmud yang akan menyambut ulang tahun pemerintahan 30 tahun sebagai Ketua Menteri Sarawak bulan depan.



Pilihanraya negeri itu harus diadakan sebelum Julai.



Sarawak dilihat sebagai kubu utama BN untuk meneruskan kekuasaannya di Putrajaya namun keluhan rakyat negeri itu terhadap Taib kian memuncak sehingga menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin BN pusat dan di peringkat negeri itu sendiri.



Malah sudah ada desas-desus sesetengah pemimpin mahukan Taib berundur sebelum pilihanraya negeri bagi meredakan kemarahan rakyat itu, namun Taib menegaskan beliau akan tunduk kepada tekanan itu.



Taib memerintah sejak tahun 1981 dan syarikat milik keluarganya Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) dibelit dengan tuduhan mengumpul kekayaan dengan menggondol kontrak tanpa tender daripada kerajaan pimpinan beliau.



Anwar memberitahu Tv Selangor bahawa Pakatan Rakyat di Sarawak dipimpin oleh pemimpin-pemimpin tempatan yang berkerja dapat dengan pucuk pimpinan parti bagi menamatkan era pemerintahan korup di Sarawak.



"Pilihan raya (Sarawak) belum diumumkan tapi sekarang ini kita buat persiapan yang boleh dan Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) dan Majlis Perhubungan Negeri sudah memberi laporan dan kita tugaskan Azmin Ali untuk memantau persiapan." kata Anwar.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List