Nah tu dia! ...
Perasmian kereta lumba Formula 1 McLaren MP4-26 untuk musim baru di Berlin, Germany semalam.
Rekabentuk terbaru tidak menampakkan sebarang perubahan ketara berbanding dengan kereta musim lalu. Hanya yang paling ketara adalah keunikan U-Shape sidepod.
Rekabentuk U-Shape sidepod baru yang agak radikal ini mampu memudahkan pengaliran angin secara efisyen memandangkan 'double diffuser system' telah diharamkan pengunaannya bagi musim ini.
Ciri ciri baru yang terdapat pada McLaren MP4-26 adalah 'long wheelbase', pengubahsuaian 'airbox' dan 'nose', 'central-mounted rear exhaust system' penggunaan KERS dan 'moveable rear wing' beroperasi secara manual melalui steering kereta.
Pasukan McLaren Mercedes akan mengadakan ujian masa pertama di Idiada Ground, Sepanyol pada 8 Februari 2011. Ujian kenderaan tersebut juga akan diadakan di Jerez, Sepanyol pada 10 Februari 2011.
Pasukan McLaren Mercedes masih mengekalkan dua pelumba utamanya, Lewis Hamilton dan Jenson Button.
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment