Naib Presiden PKR – Fauziah Salleh Pendusta Besar......???

on Feb 8, 2011

Saya merujuk kepada kenyataan akhbar oleh Hajah Fauziah Salleh yang disiarkan dibeberapa akhbar tempatan di Negeri Sabah seperti Daily Express pada Rabu 24hb Januari 2011 bertajuk ‘PKR Sabah terus bergelut gara – gara resolusi majority ketua bahagian’.

Kenyataan terkandung dalam siaran akhbar tersebut dibuat oleh Hajah Fauziah Salleh adalah bohong dan bertujuan mengelirukan ahli ahli PKR daripada fakta sebenar.

Pada 20hb Januari 2011 saya ada dihubungi oleh Ust. Pajudin Nordin bahawa dia telah menjemput semua Ketua Ketua Cabang parti Keadilan Rakyat supaya menghadiri msyuarat pertama  MPN PKR Sabah  bagi sessi 2011 – 2013 pada jam 08.00 malam bertempat di Pejabat Perhubungan PKR Sabah diLot 36, Tingkat 2, Grand Industrial Centre, Jalan Bundusan 88300 Kota Kinabalu.
Sebelumnya saya telah cuba menghubungi Setiausaha Kerja Parti Puan Dewi diPejabat sama untuk mendapatkan beberapa dokumen berkaitan PKR Sabah utamanya mengenai data  Cabang Batu Sapi. Malang sekali saya diberi tahu Setiausaha Kerja berkenaan yang merupakan anak saudara kepada bekas Pengerusi Perhubungan yang lalu En Tamrin Hj Jaini, tidak lagi pernah turun kePejabat Parti. Lebih mendukacitakan semua fail mengenai Cabang Cabang PKR Sabah tidak dapat dikesan diPejabat tersebut.
Tiba tiba pada petang 23hb Jan 2011 , ia itu sehari sebelum mesyuarat di tetapkan  oleh Ust. Pajudin  Nordin diadakan saya menerima notis melalui sms daripada Setiausaha kerja Puan Dewi bahawa satu perjumpaan bersama YB Fauziah Salleh akan diadakan pada hari sama mesyuarat yang dijadualkan oleh Ust. Pajudin Nordin. Cuma masa berlainan pada jam 09.30 malam. Tempat mesyuarat tidak dinyatakan. (TEMPAT MESY ADA DINYATAKAN didlm panggilan mesy  IAITU PEJ MPN)

Mesyuarat  dipanggil oleh Ust. Pajudin Nordin telah Berjaya dijalankan pada masa ditetapkan dengan dihadiri oleh 13 Ketua Cabang atau wakil mereka terdiri daripada mereka seperti berikut:

  1. Anthony Mandiau                 Ketua Cabang Kota Marudu.
  2. Hj. Ansari Abdullah               Ketua Cabang Tuaran.
  3. Dojit Muda                           Ketua Cabang Sipitang
  4. Hassanar Ebrahim                 Ketua Cabang Batu Sapi
  5. Saidil Simoi                           Ketua Cabang Kota Belud (admitted dia dtg mesy atas sebab ingat VP ada pada jam 8pm)
  6. Hj Awang Tengah                 Ketua Cabang Kimanis ( admitted dia dtg atas sebab ingat VP ada pada jam 8pm)
  7. Halik Zaman                           Ketua Cabang Teanom (ubah fikiran sokong grp KC majoriti apabila melihat tingkhlaku hasnar)
  8. Ambrose Sipin                      Ketua Cabang Beluran
  9. Endily Many                          Pemangku Ketua Cabang Kudat (Ketua KC telah isytihar keluar parti)
10.  Kenny Chua                           Timbalan KC Penampang. (Beliau memaklumkan KC, Darryl  Leiking sedang mesyuarat dengan anak guamnya dari Brunei dan wakilkan kepada Kenny Chua) (KC Penampang sahkan hantar wakil sebagai pemerhati )

11.  Hj. Ahmad Abdul                  Timbalan Ketua Cabang Kinabatangan. (Beliau
memaklumkan  Ketua Cabangnya tidak dapat hadir ke Kota Kinabalu dan meminta beliau menjadi wakil memandang beliau berada di  Kota Kinabalu pada masa tersebut) ( KC KInabatangan  hadir bersama 18 KC)

12.  Peter Sumping                                    Naib Ketua Cabang Ranau. (Beliau memaklumkan KC tidak dapat hadir kerana berada di Ranau dan Timbalan  KC berada di Tenang membantu jentera pilihan raya)

13.  Lukiah Indan                          Ketua Wanita PKR Sabah. (hadir diatas arahan KW Pusat akan tetapi bukan KC)

Jumlah Ketua cabang yang hadir melebihi jumlah qurum yang disyaratkan Perlembagaan Parti dimana dinyatakan hanya 1/3 daripada jumlah Ketua Cabang mencukupi bagi menjalankan sesuatu mesyuarat.

Sepanjang mesyuarat dijalankan HAJAH FAUZIAH SALEH TIDAK ADA MENGHADIRKAN DIRI.Sebaiknya saya mendapat tahu ketika mensyuarat berlangsung Hajah Fauziah Salleh berada bersama Dr. Roland , ahli MPT PKR di sebuah Restoran India .

Kenyataan Hajah Fauziah Salleh dalam sidang akhbar diadakan di D’Aru Hotel adalah dusta dan pembohongan yang bertujuan mengelirukan ahli ahli Parti.  Kenyataan bahawa hanya 6 Ketua Cabang sahaja hadir kemesyuarat dipanggil oleh Ust Pajudin Nordin adalah dusta pertama. ( Saya Kata Pajudin hanya mendapat sokongan 6 KC – i said he failed to cammand the support of the majority of KC)

Bahawa Cabang Batu Sapi tidak diambil kira sebab akan mengadakan pemilihan semuala adalah dusta kedua. Kepada Ketua Cabang yang hadir Hajah Fauziah Salleh mendakwa Cabang PKR Batu Sapi adalah tidak sah . Sebenarnya saya sendiri selaku Ketua Cabang telah memaklumkan Ketua Umum PKR tiga hari sebelum pembuangan undi pilihanraya Kecil Batu Sapi bahawa saya bercadang membubarkan Cabang Batu Sapi sebab 4 orang AJK yang dipilih telah keluar PKR menyertai UMNO dan saya perlu mengisi semula jawatan jawatan tersebut bagi membolehkan saya melaksanakan kerja kerja Parti. 

Ketua Umum bersama Setiausaha Agung PKR yan turut hadir bersetuju dengan syarat ianya diadakan selepas semua urusan Pemilihan Parti selesai dan dipersetujui pada bulan Februari atau Mac 2011. Justeru tidak timbul soal PKR Cabang Batu Sapi sebagai tidak sah . ( Laporan JPP -MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN Batu Sapi di buat semula kerana aduan 382  pengundi tidak dapat mengundi – sebab buku resit di rampas oleh Hasnar. Juga Hasnar sudah di refer kpd JKD diatas kesalahn tersebut. juga keputusan politik di buat sewaktu PRK Batu Sapi )

Kenyataan bahawa terdapat 18 Ketua Cabang menyokong supaya jawatan Pengerusi MPN Sabah disandang oleh Presiden Parti adalah Dusta ketiga dan terbesar  Hajah Fauziah Salleh. Sebenarnya cadangan ini telah dilontar oleh Hajah Fauziah Salleh kepada beberapa Ketua Cabang PKR yang masih berada di Pejabat PKR setelah selesai mesyuaarat yang dipanggil oleh  Ust. Pajudin Nordin. ( Cadangan di lontar sebagai nasihat memandangkan Pajudin gagal mendapat sokongan majoriti KC dan juga dgn ambil kira memo yg telah di serahkan kpd Presdien) Bagaimanapun cadangan nya itu mendapat tentangan oleh semua yang hadir termasuk Hj. Halik Zaman yang dikatakan turut hadir menyokong resolusi kononnya mereka hendakkan Presiden Parti YBH Datin Seri Wan Azizah memegang Jawatan tersebut.


Tidak terdapat 18 Cabang yang hadir menyokong resolusi berkenaan  sebab majority yang hadir dalam perjumpaan dengan Hajah Fauziah Salleh ketika itu juga merupakan Ketua Cabang yang turut sama hadiri mesyuarat dipanggil oleh Ust. Pajudin Nordin. Mereka turut membincang seterusnya menyokong agenda mengisi jawatan Timbalan Pengerusi, Naib I, Naib II, Naib III dan mengindos jawatan Setiausaha MPN, Bendahari MPN dan Pegawai Penerangan MPN.


Sebenarnya apa yang berlaku Hajah Fauziah Saleh telah datang kePejabat PKR selepas mesyuarat MPN Pertama diadakan dengan tujuan  mempengaruhi Ketua Cabang yang hadir supaya mereka turut bersama kumpulan Datuk Kong Hong Ming , Datuk Kalakau Untol dan Tamrin Hj Jaini yang tidak berpuas hati dengan keputusan Presiden melantik Ust. Pajudin Nordin menjadi Pengerusi. Untuk menjadikan jumlah mereka besar maka Cabang Batu Sapi bersama beberapa Ketua Cabang lain cuba dinafikan hak mereka sedangkan terdapat antara ’18  ketua Cabang’ yang diiktiraf sah oleh Hajah Fauziah Salleh status mereka diragui.

Antara 18 ketua Cabang yang konon menyokong resolusi rekaan Hajah Fauziah Salleh itu adalah bekas Ketua Cabang Kudat En. Mursalim Tanjul yang telah menngisthiartkan dirinya keluar Parti.
Kedua,  Datuk James Ghani yang telah keluar PKR pada tahun 2004 dan menyertai semula UMNO. Kini tiba tiba sahaja muncul menjadi Ketua Cabang PKR Papar! Bila kah permohonan Datuk James Hj Ghani diterima semula oleh pimpinan PKR Pusat? (JPP Sahkan keputusan pemilihan papar)


Demikian juga mengenai status Ketua Cabang Beaufort dimana lebih 2/3 AJK Cabang yang dipilih telah meletakkan jawatan kerana tidak pecayakan kepimpinannya yang tidak salah diibaratkan ‘sebelah kaki dalam UMNO sebelah dalam PKR’.( Beaufort juga disahkan oleh JPP)


Hakikat sebenarnya Ust. Pajudin Nordin telah berjaya laksanakan tugas nya sebagai Pengerusi MPN PKR Sabah. Dakwaan bahawa Ust. Pajudin Nordin gagal mendapat sokongan padu daripada Ketua Ketua Cabang adalah dongeng  rekaan Hajah Fauziah Salleh yang diketahui adalah rakan karib Tamrin Hj Jaini.


Malah untuk mencapai agenda politik nya Hajah Fauziah Salleh sanggup mengubah sendiri keputusan mesyuarat MPN Negeri Sabah supaya mengikuti kemahuannnya seperti misal nya dalam mesyuarat MPN Sabah pada bulan Oktober 2010 diputuskan bahawa antara lima nama ketua cabang dipilih menjadi wakil PKR Sabah  mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Pakatan diNegeri Sabah adalah Tamrin Hj Jaini, Datuk Kong Hong Ming, Hj Ansari Abdullah dan Hassnar Hj Ebrahim. Bagaimanapun Hajah Fauziah Salleh dengan menggunakan nama Biro Politik  memaklumkan  bahawa nama Hassnar Hj Ebrahim dan seorang lagi ditukar kepada Datuk Jeffry Kitingan dan Datuk Kalakau Untol. (Keputusan menolak Hasnar ialah keputusan Biro Politik- boleh check dlm minit mesy) Apabila saya berkeras dan memaklumkan akan menghadiri mesyuarat yang dijadualkan, Tamrin Hj Jaini segera memutuskan  bahawa mesyuarat Pakatan yang dijadualkan ketika itu dibatalkan.

Beberapa jam kemudian saya dimaklumkan bahawa mesyuarat yang menurut Tamrin Hj Jaini telah dibatalkan itu telah dijalankan atas jemputan Tamrin Hj Jaini. Hadir dimesyuarat tersebut –  lima wakil dari DAP, lima wakil daripada PAS sementara  PKR Sabah HANYA diwakili dua orang  ia itu Tamrin Hj Jaini dan Datuk Kong Hong Ming.


Dalam mesyuarat tersebut Tamrin Hj Jaini memaklumkan hadirin bahawa dirinya telah dipilih menjadi calon dan mohon Pakatan Sabah menyokong pencalonnya  dalam pilihanraya Kecil Batu Sapi. Kehairanan wakil DAP dan PAS membantah  permintaannya menyebabkan kedua dua wakil PKR itu hilang sabar ,  marah seterusnya meninggalkan mesyuarat dengan cara biadap.( Hasnar tidak hadir dlm mesy tersebut dan laporan ini menyeleweng)


Melalui siaran akhbar ini saya menyeru Hajah Fauziah Salleh supaya berhenti membohongi ahli ahli PKR Sabah. Sebagai seorang Hajah lebih lebih lagi seorang ahli Parlimen dia wajar menjaga nama baiknya. Bukan berpolitik melalui pembohongan dan penipuan.  Adengan adu dumba yang selama ini telah berjaya menyebabkan pemimpin PKR Sabah terus menerus bercakaran dan bertelagah sesama sendiri  menjadikan mereka ‘berPecah dan diPerintah’ wajib dihentikan serta merta.


Mohon kenyataan ini disiarkan.

Hassnar Hj Ebrahim
Ketua Cabang PKR Batu Sapi

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List