PAS......Siapa Yang Harus Berubah......???

on Feb 1, 2011

Mengapa PAS tidak mampu sedarkan Melayu?


Pandangan dan Pendapat Sahaja





1. 
a.  Pemimpin PAS kawasan kena ubah style. Kalau setakat warak sahaja tak cukup untuk memikat orang. Memang ramai orang melayu hormat pemimpin PAS tapi tak ramai yang nak ikut PAS. So, pemimpin PAS perlu lebih mesra dan meluangkan masa dengan penduduk sekitar. Senang kata, dakwah bukan sahaja di masjid dengan bagi kuliah. Dakwah di masjid senang sebab dah diprogramkan, dakwah di kedai kopi jarang PAS buat.


 
b.   Berapa ramai pimpinan PAS yang punya anak dan kaum kerabat yang menjadi punca orang tak menghormati PAS. Jadi pimpinan PAS khususnya kawasan dan cawangan, didiklah dulu orang-orang yang terdekat dengan kita.



c.   Pimpinan PAS yang sering dok buat ulasan kat media ataupun ceramah umum, kalau buat ulasan tu kena bijak, jangan mudah dimanipulasi wartawan. Kadang-kadang fakta agama yang diberi tu menongkah arus biasa pemahaman orang melayu, jadi sekalipun ianya tepat, tapi cara pemberitahuan tu biarlah cara yang tak menongkah arus.



d.   Pada pemimpin PAS kawasan atau cawangan, saya rasa elok juga berkawan dengan semua jenis Melayu,kalau solat jemaah tu tak payah la solat kat masjid orang PAS sahaja atau kar markaz-markaz. Alangkah baik kalau orang PAS solat kat masjid yang ramai orang UMNO. Kalau boleh biar di mana sahaja ada tempat solat, di situ ada orang PAS.

2.  PAS kalah sebab masih pakai strategi lama - maki hamun orang,  orang melayu kalau tak undi pas masuk neraka,  kalau tak undi pas daging tak halal, etc etc,  kalau undi BN, etc, etc...... Saya sebagai orang melayu neutral pun marah kalau orang pas ckp macm ni . Bagus sangat ke melayu pas ni???  Syurga tu pas control ke???Islam tak ajar kita kutuk mengutuk, caci-mencaci, ustaz saya cakap. Mcm mana nak tawan org muda mcm saya???

3.  Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.


Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

4.  Memang perlu perubahan secara drastik.... veteran pas perlu berkorban demi perjuangan dan beri peluang kpd generasi muda. Veteran sbg idola dan mentor kpd orang muda....

Lihat karektor Ust Azhar Idrus (K.Terengganu)... ramai anak muda sukakan nya. Golongan tua juga tetap menghargai beliau........


5.  Perjuangan yang kekal adalah merangkum dua perkara ruh dan jasad. Tidak boleh dipisahkan. Dunia dan Akhirat. Pas dalam hal ini tidak ada dunia, tetapi lebih kepada akhirat. Pada doa pun jelas memohon kebahagaiaan dunia dan kesejahteraan akhirat.

Ingatlah, Jika di Malaysia bangsa Melayu lah penganut Islam tiada siapa boleh menafikan. Islam sebagai ruh tidak berdiri tanpa jasad orang melayu. Melayu itu Islam dan Islam itu melayu. Tidak dapat dipisahkan. Ada sebilangan kecil mamak itu Islam dan Islam itu mamak. Tetapi mereka minoriti.

Maka Pas menolak konsep bangsa melayu dan mengambil Islam sahaja sebagai inti perjuangan sudah tentu ia bergerak tidak diatas realiti. Negara Islam hanya boleh ditegak kan oleh orang melayu.

Kenyataan Nik Aziz, tidak menerima hakikat bahawa kebangsaan Melayu sebagai satu wadah menegakan Islam sebab itulah Pas gagal menjiwai Melayu. Seringkali Melayu diperemehkan. Mengapa UMNO diterima oleh orang Melayu?. Kerana UMNO yakin teguh bahawa Islam itu berkembang selari dengan kemajuan manusia Melayu yang Allah jadikan dimuka bumi ini.

Mengapa Melayu penting di Malaysia ?... Kerana adanya berbagai kaum dinegara ini. Jika semua orang Melayu dinegara ini adakah soal Melayu penting ?. Jawabnya tidak, seperti di Indonesia, India, China, Arab, Mesir. 

Jika soal bangsa seperti India adakah mereka menyebut soal bangsa ?. Tidak, perbezaan mereka hanya agama. Jadi persaingan hanya antara agama. Bangsa tidak penting kerana dalam satu bangsa ada dua atau lebih agama.

Indonesia, adakah mereka berjuang fasal bangsa?. Tidak. mereka berbagai samada agama, pembangunan, perubahan, ekonomi dll.

Inilah suara golongan muda Pas, seperti Mujahid Yusuf Rawa ketengahkan supaya Pas berjuang berpijak diatas bumi nyata. Melayu Islam. Jika ianya sama dengan UMNO maka hanya ada persaingan siapakah patut memegang kuasa, kerana ada dua pilihan parti politik yang sama hala tujunya. Menguntungkan Melayu- Islam.



6.  Pas patut ubah cara berkempen, berkempenlah dengan cara hormat pergi kepada agenda mengapa kita berkehendakan menang ,fokus terus kepada agenda masa depan negara dan rakyat pergi mampus dengan apa yang di praktikan oleh kepimpinan umno dan dengan itu baru rakyat akan faham apa yang PAS PKR  dan DAP perjuangkan demi kesejahteraan rakyat dan negara di samping mendekati rakyat secara berterusan.




  • 7.  Kita membawa lebel Islam. Sepatutnya kita menjadi contoh yang baik2. Contohnya ada signboard diatas lori, mendoakan kemusnahan UMNO sedangkan kita tau yg UMNO pun orang islam. Kenapa kita tak doakan semoga UMNO kembali kepangkal jalan. Jadi nampak lah kita sentiasa mencari kebaikan. Kena tunjukkan kita adalah lebih baik dari UMNO, berlawan sama-sama tak elok.

    8.  PAS seakan2 hilang isu-isu yang perlu di bawa bagi memastikan ia menjadi modal bagi kemenagan PAS.....PAS perlu sedar iaitu peredaran zaman dan konsep kempen perlu diubah oleh itu bagi mengapai kemenangan PAS perlu berubah dari pelbagai aspek..dan PAS perlu menunjukan satu keyakinan kepada rakyat dimana PAS boleh memimpin dengan mengunakan islam sebagai teras dimana amalan demokrasi dan keterbukaan diterima

    9.  Rasanya tak salah PAS berkawan dengan DAP, 

    Hak hak melayu dan islam itu jelas ,tgk sajalah isu Azan baru2 ini, apa yang berlaku? belum apa apa dah mintak maaf? Nak bawak kemakhamah? Jangan harap.

    Kenapa nak takut dengan DAP? yang berada di DAP itu cina malaysia, sama saja dengan MCA. Apa bezanya dengan percantuman antara UMNO/MCA dengan PAS/DAP?  DAP sudah tahu dengan hukum islam sedangkan MCA masih belum mengerti hukum bersalam dalam islam? Mana lebih menakutkan sebenarnya?

    10.  Islam tidak berkata berkenaan bangsa. Islam itu adil. Kebetulan di bumi Malaysia ini kita adalah tuan, tapi perlu diingat Tuan sebenar bumi kita berpijak ini ialah Allah.

    Allah yang akan memberi kemenangan dan kegagalan kepada mana mana pemerintah yang dia kehendaki. 

    Maaflah kalau saya katakan Faktor2 diatas adalah faktor yg agak kecil sahaja.

    Antara faktor kekalahan PAS di Tenang tempoh hari adalah kerana sedia maklum itu kubu kuat BN, kemudianya kesetiaan penghuni felda yang sedia maklum akan kesetianya pada BN sudah tepu. Peratusan keluar mengundi pula agak rendah disamping banjir yang melanda. Ada juga bantuan dari tentera dan sebagainya mengunakan lori dan sampan, tapi benarkah bantuan itu menyeluruh? (Pendapat seperti ini telah jauh ketinggalan zaman.)

    Minda pemimpin PAS masih rendah....Berubah lah.

    Sekadar memberi pendapat serta pandangan.


    1 comments:

    a.samad jaafar said...

    ermmm... banyak yang betul dgn pendapat saudara..Ayuh PAS.. Berubahlah..

    Followers

    pop up text

    Blog Archive

    Top Ranking Pro PR

    My Blog List