PKR ada peluang menang di Padang Rengas PRU13

on Mar 15, 2011


Laman portal PERKASA melaporkan:
PERKASA menyahut cabaran Nazri Aziz supaya PERKASA bertanding di PRU13 akan datang. PERKASA akan meletak calun di mana saja ada calun dari mana-mana parti yang dilihat menolak agenda Melayu dan Bumiputera.

PERKASA juga tidak teragak-agak meletak calun bebas di Padang Rengas nanti. Bagaimanapun PERKASA merasakan PRU13 nanti tidak perlu calun bebas tajaan PERKASA di Padang Rengga nanti kerana Nazri bukan lagi calun BN di situ, Menurut Setiausaha Agung PERKASA Sdr Syed Hassan Syed Ali

PERKASA akan pastikan Nazri bukan lagi calun BN di situ. Jika beliau masih lagi bertanding PERKASA akan letak calun. Biar tidak menang di situ kerana PERKASA hanya perlukan Nazri tidak akan menang sahaja. - Perkasa
Ni berita baik untuk bekas calon PKR Parlimen Padang Rengas masa PRU12 yang lepas, Alias Zainon.
Kalau dia bertanding lagi masa PRU13, peluang dia untuk menang menang cerah kalau Nazri Aziz masih jadi calon Umno. Tu pun kalau Perkasa betul-betul berpegang pada kata-kata depa.

Dengan majoriti PRU12 cuma 1,749 undi, memang peluang sangat cverah untuk menang kalau ada pertandingan 3 penjuru. Takkan kut PERKASA yang katanya cukup perkasa tu tak dak penyokong lebih seribu orang di Padang Rengas.

Tambah-tambah lagi, kalau Ibrahim Ali sendiri turun sama berkempen untuk calon dari Perkasa, tentu punya undi kepada Nazri akan berkurang banyak dan peluang untuk calon PKR memang cerah untuk menang.

Tapi, bila tengok realiti PKR di Perak ni, mungkin jugak orang lain yang akan jadi calon masa PRU13 nanti. Kalau betul tempat tu ada peluang nak menang mudah, takkan Ketua Perhubungan PKR yang baru tak teringin. Kalau dia tak teringin, aku yakin ramai lagi pemimpin PKR Perak yang teringin bertanding kat situ.

Pasainya, kalau menang PRU13 nanti, mungkin ada peluang nak jadi menteri, atau kalau bukan menteri, jadi timbalan menteri pun dah sangat-sangat ok.

Jangan Yb Zainuddin pun teringin nak bertanding kerusi parlimen bila baca berita ni sudah la. Jangan bagi malu kompeni.

Tapinya, boleh pakai ka cakap PERKASA tu? Kebarangkaliannya tetap ada, tapi bila tengok gambar kat bawah ni, boleh mimpi aja la kut...



1 comments:

a.samad jaafar said...

tak habis2 puak mankok ayun ni buat lawak.. cukuplah kalau puak ni bertanding siapa pembodek yg terhebat je.. perkosa vs nazri..

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List