Bn bakal Tumbang,Rakyat Sarawak Mahu Perubahan......!!!

on Apr 13, 2011

Calon PAS di N24, Dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus 'muda' orangnya, memiliki perwatakan yang cukup menarik, petah bercakap, dan yang paling penting memiliki karisma kepimpinan, walaupun usianya baru mencecah 32 tahun.Dalam usia yang muda, anak kelahiran Pusa ini kini menjadi perhatian masyarakat di Beting Maro setelah diumumkan sah bertanding mewakili PAS bagi menentang calon BN, Razaili Gapur


Di sebalik wataknya yang ceria, Abang Ahmad Kerdee atau panggilan mesranya di sini Abang Mat, mempunyai prinsip yang jelas dan jelas.Membicarakan agendanya selaku calon PAS, dan jika menang pada pilihan raya umum negeri (PRN) kali ini, beliau telah merencana perubahan untuk masyarakat Beting Maro.Ikuti wawancara Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB dengan Abang Mat pada 6 April lalu.

Wartawan : Setelah sah diumumkan selaku calon yang akan menentang calon BN pada 16 April ini, apakah perasaan saudara, dan apakah saudara melihat akan ada perubahan yang boleh dilakar di sini?

Abang Mat : Alhamdulillah sekarang ini setelah sebelum ini tiga hari jentera kita dan saya sendiri berkempen tetapi sejak mula kita berkempen di rumah  pajang, di kampung-kampung bersama dengan jentera PAS Kelantan,  dengan kekuatan sudara mara, mak-mak saudara, sepupu sepapat dan ahli keluarga yang ramai di sini, alhamdulillah saya nak nyatakan semua tempat di sini ramai saudara saya dan mereka suka saya bertanding, mereka suka kehadiran saya disini untuk mewakili PAS melakar perubahan di Beting Maro

Kenapa masyarakat di sini mahukan perubahan, apa yang menyebabkan mereka mahu berubah, apa faktor dan apakah ianya boleh menjadi faktor sokongan kepada saudara meningkat?

Abang Mat : Orang di sini mahu sokonga PAS sebab mahukan perubahan, mereka mahu menghantar mesej yang jelas kepada pemerintah dengan menyokong PAS wakil rakyat di sini Beting Maro perlu diberi pengajaran, rakyat mahukan perubahan yang baik, nak yang lebih baik.Saya dapat melihat, ada rumah panjang yang kita masuk semalam (5  April) kalau pada tahun 2006, kita tak boleh masuk sampai kena kejar dengan parang, tetapi kini boleh masuk dan mereka menyediakan tempat untuk kita berbincang sesama mereka.Kali ini Ketua Rumah Panjang yang mengalu-alukan kita, menghamparkan tikar untuk menyambjut kita, ini satu perubahan yang tidak kita lihat sebelum ini, rombongan kami dosokong amat positif

Adakah Saudara yakin akan berlaku perubahan di sini?

Abang Mat : Insyalallah, saya yakin akan ada satu perubahan, setakat yang kita lihat dan pergi bertemu dengan pengundi, walaupun mereka pakai baju BN, mereka komited untuk memberi undi kepada PAS.Mereka mahu perubahan, baju topi bendera bukan kekangan dengan kita, walaupun baju berbeza tetapi mereka boleh terima kita sebabnya mereka mahukan perubahan, telah lama mereka duduk dibawah BN, nasib mereka tiada siapa yang pedulikan, mereka lihat calon muda, mereka nak orang yang boleh ketengahkan suara rakyat di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, dan juga menegur kerajaan memerintah.

Apa agenda Saudara?

Abang Mat : Yang pertamanya apabila kita memfoksukan isu disini, kita dah berjalan banyak tempat, kita dapat kesimpulan isu tanah yang tidak pernah selesai di bawah BN menjadi isu besar dan pokok di sini, ini akan saya tumpukan.
Yyang keduanya, kita tengok kebebasan beragama di sini cukup cantik, pengundi di sini hidup aman damai, antara Islam, Kristian dan sebagainya.Namun segelintir media memainkan isu sentimen keagamaan, menggambarkan kononnya ada pergeseran, namun ia bukan realiti yang sebenar.Kita hidup dengan aman damai, dan saya mahu keadaan ini kekal.Isu kitab Injil, PAS konsisten mereka nak terjemah guna nama Allah.
Yang ketiganya kita akan memberi ilmu kepada orang-orang di sini, kerana orang-orang di sini ilmu, mereka mahukan maklumat, mereka mahu belajar, kita akan bawa sahabat-sahabat mengajar bahasa arab, mengajar Al-Quran, kita akan buka kelas tuisyen di sini untuk anak-anak di sini 

Sejauhmana Abang Mat yakin akan berlaku perubahan di sini, maknanya Abang Mat boleh melakar kemenangan?

Abang Mat : Kita yakin, insyaAllah akan ada perubahan kerana ke mana sahaja kita pergi, orang di sini akan menzahirkan sokongan mereka kepada kita.Saya pergi ke rumah panjang semalam, mereka bukan sahaja 'teruja' bertemu saya, mereka juga kata 'kalau ada poster saya, mereka mahu lekatkan di dalam bilik mereka, sebab mereka sukakan kehadiran saya selaku orang muda mewakili mereka nanti di sini.

Apa corak kempen saudara?

Abang Mat : Kita akan mengetengahkan kempen bersifat persaudaraan, kasih sayang dan kesejahteraan.Kita tidak akan menyerang peribadi lawan, dan kita akan berkempen dengan baik.Kita tidak akan menggunakan isu sentimen, perkauman dan agama, mahupun peribadi calon untuk menyerang, sebaliknya kita menerangkan kepada rakyat tujuan perubahan perlu dilakukan.

Apa yang saudara akan buat jika ditakdirkan menang, dan menjadi wakil rakyat?

Abang Mat : Setakat ini, insyaAllah saya bersyukur kerana dipilih oleh pucuk pimpinan PAS mewakili parti di kawasan N24 Beting Maro, dan jika menang saya akan menjadi wakil rakyat yang memperjuangkan isu-isu tanah rakyat di sini, selain membawa isu-isu membabitkan kemiskinan rakyat, soal hal rakyat ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak.

Apakah ada harapan untuk melakar kemenangan?

Abang Mat : Ya saya yakin ada harapan, insyaAllah.



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List