BONGKAR TEMBELANG KERAJAAN MALAYSIA....

on Apr 27, 2011



بسم الله الرحمن الرحيم

Bongkar: Rahsia Sebenar Kenapa Lynas Akhirnya Terpaksa Memilih Malaysia Untuk Dirikan Kilang Memproses Bahan Radio Aktif Rare Earth Mereka!




Dalam banyak-banyak laman blog yang membicarakan tentang isu Lynas ini, terdapat satu blog yang cukup menarik kupasan dan pembongkaran maklmuat yang diberikan. Bukan sahaja fakta-fakta yang menakjubkan malah ia disertakan juga dengan dokumen berkaitan. Kami ucapkan syabas kepada pemilik blog tahir nisa atas pendedahan yang cukup bermakna dalam mencari titik permulaan kenapa Kerajaan Malaysia membenarkan Lynas Corporation dari Australia membina kilang memproses "rare earth" mereka di negara kita. Terbaru, pendedahan panas beliau tentang kenapa Lynas memilih Malaysia sebagai lokasi kilang mereka dan kaitan syarikat itu dengan AMR Technologies. Menurut blogger terbabit AMR Technologies Inc, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Ontario, Kanada pada 11 September 1986 dibawah nama Quesada Resources Limited. Pada 10 Jun 1998 nama syarikat telah ditukar menjadi AMR Technologies Inc. Kegiatan utama syarikat ini adalah dalam bidang pemprosesan nadir bumi dan syarikat ini mempunyai dua kilang pemprosesan di negara China. Menurut catatan didalam dokumen maklumat syarikat bertarikh 2hb Mac 2005, dua pusat pemprosesan nadir bumi di China ialah Jiangyin Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 90% saham) dan Zibo Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 85% saham).

Tipu Sahan, Lynas Di Saman AMR Technologies

Kedua-dua pusat pemprosesan ini adalah aktif dan memberikan pulangan yang positif kepada kewangan syarikat. AMR Technologies Inc, juga mempunyai anak syarikat yang bergiat dalam bidang pembuatan barangan hasil dari nadir bumi yang telah diproses, terutamanya pembuatan barangan magnet. Kilang mereka terletak di Amerika Syarikat, Barbados, United Kingdom dan juga Thailand. Pada tahun 2004, Lynas telah melakukan sesuatu yang selalunya tidak berani dilakukan oleh mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan yang berintegriti. Lynas telah membeli sebanyak 19% saham AMR Technologies Inc, tanpa pengetahuan pengarah-pengarah AMR. Lynas telah menggunakan "jalan belakang" untuk menggunakan salah satu syarikat yang menjadi pemegang saham di AMR untuk membeli saham AMR secara berterusan dan kemudiannya saham-saham itu dibeli oleh Lynas dari syarikat tersebut. Lynas telah membeli saham tersebut dari Whiterock Investment. Selepas dari pembelian saham ini, Lynas telah menjadi pemegang saham terbesar di AMR Technologies Inc,.


Bukti, dokumen Lynas beli saham AMR KLIK DOKUMEN ASAL

Akibat pengambilalihan yang tidak menepati undang-undang pengambilalihan saham di Kanada dan disebabkan Lynas menggunakan cara yang tidak professional untuk melaksanakan pembelian saham-saham AMR, maka pada February 2005 pengarah-pengarah AMR telah memfailkan saman di mahkhamah untuk menyaman Lynas atas tindakan mereka. Saman ini juga untuk halang mana-mana individu dari Lynas dari jadi pengarah di AMR Technologies Inc, dan mengundi sebagai pemegang saham semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

Lynas Pilih Malaysia Selepas Tiada Hak Di China

Mahkhamah Persekutuan di Kanada telah bersetuju untuk kes tersebut didengar dan diperbahaskan. Pada 7 April 2005, AMR telah menarik balik saman keatas Lynas dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian diluar mahkhamah. Lynas telah diarahkan untuk menjual saham milik mereka di AMR kepada Magnequench Inc (foto) dari Indiana, Amerika Syarikat. Sejak dari tu Lynas tidak mempunyai apa-apa pegangan didalam AMR dan ini telah menyebabkan Lynas kehilangan peluang untuk memproses nadir bumi di pusat pemprosesan nadir bumi kepunyaan AMR di China. Ini adalah sebagai jawapan kepada mereka-mereka yang bertanya kenapa Lynas tidak memproses nadir bumi di China. Lynas tidak ada nama yang baik di China dan ini telah memyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk dijadikan pusat pemprosesan nadir bumi. Di Australia pula pemprosesan nadir bumi memang tidak boleh dilakukan kerana nadir bumi adalah bahan beradioaktif walaupun iannya dikatakan dalam kadar yang "selamat" oleh Lynas. Hanya kerajaan BN sanggup menerima syarikat yang sebegini untuk melabur dan melebur di Malaysia.

Nota :- Dengan pendedahan ini, maka terbuktilah alasan menolak Lynas beroperasi di Gebeng itu adalah berasaskan kepada fakta-fakta dan bukan sembarangan bantahan sebenarnya. Lynas ternyata sebuah syarikat yang mengejar keuntungan semata-mata dan sanggup menipu untuk membeli saham syarikat lain menerusi "pintu belakang". Justeru itu, apakah rakyat boleh percaya langkah membawa masuk Lynas ke Malaysia itu tidak melalui "pintu belakang"?. Dek kerana itulah juga, maka Kerajaan Malaysia terpaksa berhempas pulas memberi seribu alasan untuk mempertahankan Lynas. Sedangkan, kini terbukti Lynas adalah sebuah syarikat yang tidak beretika dan tidak wajar diberi peluang untuk beroperasi di Malaysia sebenarnya. Apakah kita boleh yakin dengan kejujuran Lynas ini?. Namun, apakah kerajaan mahu mendengar suara rakyat ini gamaknya?. Oleh itu, rakyat diseru meneruskan bantahan Lynas demi masa depan generasi akan datang. Stop Lynas NOW!].

 pahangdaily 


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List