Umno P. Pinang Jatuh Terduduk.....

on Apr 23, 2011



115 ribu warga emas yang mendaftar di seluruh negeri Pulau Pinang bakal menerima wang saguhati RM100 mulai hari ini.

Seramai 2024 warga emas telah mendaftar di Dun Bukit Tengah akan menerima wang RM100 di Maybank Autocity.

YB Ong Chin Wen selaku Adun Bukit Tengah berada di Maybank Autocity hari ini dan esok untuk meraikan dan membantu warga emas.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Tahun lalu umno menuduh itu wang judi dan mendakwa kononnya 1000 warga emas telah memulangkan wang tersebut. Jika 1000 orang bermakna jumlah wang ialah RM100 ribu tetapi duit yang ada pada umno RM23 ribu sahaja. Ke mana hilanganya baki yang lain?

Bila diminta senarai nama warga emas, umno gagal bagi senarai nama warga emas sebab itu Kerajaan P.Pinang tidak mahu terima wang tersebut tanpa senarai nama warga emas.

Hingga kini tidak ada seorang pun warga emas yang tampil untuk memotong nama mereka. Inilah angkara umno yang fitnah kononnya itu wang judi tetapi sebenarnya wang judi lumba kuda itu kita asingkan akaunnya dan wang itu hanya untuk miskin tegar bangsa Cina dan India sahaja.

Duit cukai judi magnum, toto, loteri dan sebagainya semua dikutip oleh kerajaan pusat dan duit judi tersebut dicampur dalam satu akaun. Umno sepatutnya cermin muka dulu dan asingkan segera akaun duit judi tersebut.

Umno sepatutnya malu pada Guan Eng yang bukan Islam tetapi telah asingkan duit sumbangan judi lumba kuda bukan seperti kerajaan pusat yang masih satukan wang judi dalam satu akaun.

Kita akan buat laporan polis terhadap umno yang disyaki pecah amanah kerana belum pulangkan duit warga emas. 






1 comments:

Anonymous said...

wahai wakil rakyat umno/bn pergi lah bagitahu kepada warga emas yang mendaftar itu, jangan terima duit yang kerajaan PR bagi, carilah apa-apa saja alasan yang difikirkan sesuai kepada orang yang kamu boleh perbodohkan, sebagaimana yang telah kamu lakukan tahun lalu.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List