PKR MUNGKIN BERKUBUR.......???

on Jun 1, 2011




Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman untuk menghalang tindakan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) daripada membatalkanpendaftaran parti tersebut.
Permohonan itu difailkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) disini pada Selasa.

Turut difailkan ialah perintah larangan untuk menghalang ROS daripada membuat sebarang tindakan sehingga kes tersebut selesai.

Pemohon yang diwakili oleh peguam-peguam N. Surendran, Fadiah Nadwa Fikri, Latheefa Koya dan R. Sivarasa menamakan ROS selaku responden.
Berdasarkan alasan permohonan, pemohon mendakwa notis ROS bertarikh 9 Mei lalu agar PKR memberi sebab mengapa pendaftaran parti tidak boleh dibatalkan kerana didakwa memecat seorang ahli secara salah adalahtidak sah kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Pemohon juga mendakwa, tiada anggota bernama A. Rajagopal telah dipecat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 1 April atau 27April 2009, selain tiada mesyuarat (MPT) diadakan pada tarikh tersebut.

Sebaliknya, pemohon mendakwa, ahli yang dipecat sebenarnya bernama A. Jayagopal dengan nombor keahlian K060000280 010 yang dipecat menerusi keputusan mesyuarat MPT yang diadakan pada 26 April 2009.

Pemecatan tersebut dilakukan atas alasan Jayagopal telah melanggar pekeliling Setiausaha Agung bertarikh 11 Mac 2009 apabila bertanding selaku calon bebas menentang calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Selambau.
Jayagopal memperoleh 36 undi pada PRK tersebut dan berdasarkan pekeliling parti, ahli yang mendaftarkan diri sebagai calon pada mana-mana PKR akan dipecat serta-merta tanpa merujuk kepada ahli berkenaan.

Justeru itu, pemohon mendakwa keputusan ROS adalah satu perkiraan yang tidak wajar dan satu salah guna kuasa kerana ia jelas merupakan satu keputusan yang tidak mempunyai asas yang mencukupi.
Pemohon juga mendakwa, keputusan ROS dibuat berdasarkan niat jahat dan bertujuan untuk menghalang PKR daripada mengambil bahagian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang akan datang.

Selain itu, pemohon juga mendakwa, keputusan ROS adalah satu perkiraan yang tidak wajar kerana keputusan itu adalah bersifat menindas dan merupakan pencabulan hak sesebuah parti politik.
Sementara itu, Surendran semasa ditemui berkata, adalah tidak munasabah untuk ROS membatalkan parti tersebut hanya kerana pemecatan seorang ahli sedangkan, PKR mempunyai 404,558 anggota, termasuk 26ahli parlimen.

"Ini adalah tindakan yang mempunyai motif tersembunyi dan cubaan untukmembantutkan perjalanan demokrasi pada PRU tidak lama lagi," katanya.
Beliau juga menambah, tindakan membatalkan pendaftaran parti adalah taktik yang digunakan oleh rejim seperti JUNTA tentera Myanmar yang mengharam Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) yang dipimpin oleh AungSan Suu Kyi.

"Amat menyedihkan perkara ini berlaku di negara kita," katanya dan menambah pihaknya akan mendapatkan tarikh awal pendengaran permohonan.
Selain itu, beliau juga mempersoalkan mengapa ROS mengambil masa yanglama untuk menghantar notis berkenaan sedangkan pemecatan tersebutseperti yang didakwa responden berlaku pada tahun 2009.

"Adakah Barisan Nasional telah terdesak untuk memenagi PRU? Ini adalahperkara yang sangat serius," katanya.
Surendran juga mempersoalkan mengapa ROS tidak menghantar notis yang sama kepada UMNO pada tahun 1998 kerana memecat Saifuddin dan beberapa ahli lain yang dilihat berada di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim yangsemasa itu baru dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Mengapa ROS tidak menghantar notis kepada UMNO yang mengancam untukmembatalkan pendaftaran parti itu? Bagaimanapun, bila ia melibatkanPKR, ROS terus menghantar notis," tambahnya.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List