3 pegawai SPRM dilucutkan daripada sebarang tugas operasi siasatan

on Jul 24, 2011


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima dan memandang serius terhadap cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang telah dikeluarkan pada hari Khamis, 21 Julai 2011.

Beberapa cadangan dalam Suruhanjaya tersebut telah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar (CCTV), mewujudkan "Video Interview Room" (VIR), semua pelanggan dilayan diaras bawah bagi bangunan milik SPRM, pelanggan sentiasa diiringi semasa berada dalam premis SPRM dan sebagainya.  Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya.

Merujuk kepada kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang meminta pihak polis menjalankan siasatan mengenai salahlaku tiga orang pegawai yang disebutkan dalam Laporan Suruhanjaya tersebut.  SPRM akan menyerahkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.

SPRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang.

SPRM juga mengambil tindakan susulan proaktif serta merta berhubung cadangan tindakan ke atas ketiga-tiga pegawai SPRM tersebut dengan:

1. Menubuhkan satu Pasukan Khas Siasatan berhubung tohmahan ke atas ketiga-tiga pegawai tersebut.  Pasukan ini diketuai oleh Zakaria bin Haji Jaffar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Professionalisme) yang akan menjalankan siasatan susulan dalaman yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif; dan

2. Hasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang terdiri daripada empat orang individu bebas, yang dipengerusikan oleh mantan Hakim Mahkamah Rayuan dengan keanggotaannya terdiri daripada mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, mantan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dan seorang peguam.  Mereka-mereka ini adalah Mohd Noor Abdullah, Muhammad bin Mohd Noor, Wan Abdul Wahab bin Abdullah dan V.Ravindran.

Sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, ketiga-tiga pegawai berkenaan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.

SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan.






0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List