Gobalakrishnan Dedah Anwar Ibrahim Bawa Keluar Not RM1000 Berjumlah RM10billion?

on Jul 22, 2011







Ini yang dikatakan oleh N.Gobalakrishnan Ahli Parlimen Bagan Serai yang kini keluar parti dan menjadi ahli parlimen bebas.


YB Gobalakrishnan telah banyak kali mengatakan mengenai isu Anwar Ibrahim membawa keluar wang kertas not RM1000 ke luar negara. Ini bukan tuduhan pertama yang dibuat beliau sama ada di twitter atau di media massa.


Kali ini beliau menulis dalam laman twitternya bahawa note RM1000 yang dibawa keluar oleh Anwar Ibrahim berjumlah RM10 billion. Ini satu angka yang agak besar jumlahnya, malah jika wang ini diagihkan kepada rakyat saya percaya 27 juta rakyat Malaysia semuanya akan mendapat manfaat darinya.


Bila sebut kisah Anwar Ibrahim ini, ramai pihak mengatakan bahawa ketika era beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kerja beliau hanya menghabiskan wang negara, saham-saham diagihkan kepada kroni-kroni rapat dengan beliau.


Bila melihat tuduhan yang dibuat oleh YB Gobalakrishnan kepada Anwar Ibrahim yang mana sehingga kini Anwar Ibrahim tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap beliau saya percaya perkara yang didedahkan oleh YB Gobalakrishnan mungkin ada kebenarannya.


Malah di laman twitter hari ini juga YB Gobalakrishnan siap mendedahkan nombor siri wang kertas terbabit yang bermula zw000000001 sehingga zw100000000. Jumlah keseluruhan adalah RM10 billion.


Jika perkara ini tidak benar, sudah tentu Anwar Ibrahim dah saman YB Gobalakrishnan, oleh sebab itu tidak mustahillah manusia bernama Anwar Ibrahim ini mampu hidup mewah sehingga sekarang.



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List