PAK SAMAD TOLONG JAWAP.

on Jul 20, 2011

 A. SAMAD SAID SOKONG BERSIH KERANA DIBAYAR ANWAR?





Aku tengok punyalah simple sikap dan pemakaian A.Samad Said tetapi dia dikatakan suka hal2 yang highclass? Betul ke neh? Menurut blog umno yang bernama panglima perang cyber, dia telah memetik satu kandungan email yang disiarkan oleh blog lucah no 1 di malaysia iaitu papa gomo. Berikut ialah kandungan penuh email terbabit ;

Salam Sdr Papagomo.

Artikel Sdr berkaitan penglibatan SN A. Samad Said dengan perhimpunan haram BERSIH adalah dirujuk.

Ramai orang tertanya-tanya apa kaitan penglibatan beliau dengan rangkaian pertubuhan haram ini yang jelas bermotifkan politik pembangkang, sedangkan beliau sebelum ini dilihat sebagai neutral dalam sebarang isu. Adakah kerana beliau tertipu dan terpedaya dengan helah pembangkang sehingga turut sama menyertai BERSIH atau ada niat lain yang beliau cuba sembunyikan?Dalam dunia sastera Malaysia, tiada penulis yang tak kenal perangai A. Samad Said ini. Beliau sebelum ini banyak kondem Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dengan pelbagai tuduhan hanya atas alasan DBP (kerajaan) tidak memberi layanan istimewa kepada beliau. Beliau mahu dibayar mahal dalam setiap acara yang melibatkan beliau, mahu disediakan segala kemudahan yang berkaitan seperti pengangkutan udara kelas bisnes, hotel bertaraf bintang serta kenderaan berserta pemandu. Itu tak termasuk permohonannya untuk mendapatkan kemudahan istimewa dalam aspek penerbitan karya-karyanya.

Namun beliau masih lagi protes dengan alasan kerajaan tak jaga kebajikan beliau yang bertaraf Sasterawan Negara.
Untuk makluman sdr, sebelum ini Pak Samad ada buat permohonan dengan kerajaan negeri Melaka pimpinan Datuk Seri Ali Rustam untuk membantu beliau menerbitan karya-karyanya atas kapasiti beliau sebagai penulis berstatus SN kelahiran Melaka. Permohonan itu dah diluluskan dengan nilai jutaan ringgit melalui satu MOU timbal balik, iaitu Kerajaan Melaka beri duit untuk beliau terbitkan buku dan buku itu kemudiannya akan diberikan kepada kerajaan Melaka dalam jumlah tertentu.

Katanya wang bernilai RM3 juta telah diserahkan kepada Pak Samad untuk tujuan itu. Pak Samad kemudiannya telah menubuhkan syarikatnya sendiri, Wira Bukit Sdn. Bhd. yang diuruskan oleh anak lelakinya, Helmy Samad.
Namun projek ini dikatakan gagal mencapai matlamat untuk menerbitkan semua karya-karya beliau tetapi duit yang diperuntukkan telah habis digunakan. Pak Samad dikatakan minta lagi daripada kerajaan Melaka tetapi telah ditolak kerana peringkat pertama pun telah gagal dilaksanakan sedangkan duit dah habis dibelanjakan. Ini telah menimbulkan kemarahan Pak Samad.

Kemudian penerbit PTS Sdn. Bhd milik Ainon Mohd, -sekutu pembangkang dan Anwar Ibrahim telah mengambil alih projek berkenaan dan mendapat hak milik semua karya Pak Samad dan buku-buku beliau untuk diterbitkan semula untuk jualan.

Adakah penglibatan Pak Samad dalam BERSIH kerana marahkan kerajaan kerana mendakwa tidak memenuhi permintaan-permintaan beliau yang berlebihan itu? Atau adakah Pak Samad telah terhutang budi dengan Ainon Mohd yang telah memberikan 'nyawa' semula kepada beliau dalam projek penerbitan buku-bukunya?

Rakyat harus tahu tentang ini. Salam hormat
.

Aku berharap A.Samad Said boleh menjawab tuduhan neh. Aku tidak mahu ada persepsi buruk di lemparkan ke atas sasterawan negara. Bukan kah ini negara demokrasi? Sesiapa boleh menyokong sesiapa pun. Kenapa mesti dicari salah buruk orang hanya semata2 dia sokong pembangkang? 




1 comments:

Anonymous said...

biasalah orang yang membuat fitnah itu akal dan otaknya hanya setakat buku lali sahaja siapa yang boleh nampak buku lali sewaktu kaki melangkah berjalan kalau orang tu boleh nampak itu tandanya dia pening bila melihat orang lain boleh lihat bukulali kakinya carilah sendiri apa yang tersirat dalam kata-kata ini

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List