SPR.... LU APA STORY BEB......

on Jul 1, 2011


Daftar Pemilih Kotor




Dua kediaman di Seberang Jaya, Pulau Pinang digunakan sebagai alamat untuk mendaftar 152 pengundi Melayu, Cina dan India dalam contoh terbaru daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdedah kepada penyelwengan.

Pendedahan itu turut sekali gus mengukuhkan keperluan diadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai untuk mendesak SPR dan kerajaan memastikan pilihanraya umum ke 13 dijalankan secara telus dan adil.

Seorang bloger bergelar Anak Sungei Derhaka mendedahkan daftar pengundi SPR menunjukkan 88 pengundi Melayu dan India didaftarkan di alamat No 1155, Kampung Bagan Serai.

Kesemua mereka didaftar untuk mengundi di kerusi parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka turut didaftar untuk mengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya.

Selain itu, daftar SPR juga menunjukkan 64 pengundi Melayu dan India didaftarkan No 1138, Kampung Bagan Serai.

Pemerikasaan Anak Sungei Derhaka mendedahkan dua alamat itu membabitkan dua rumah kecil papan. Gambar-gambar rumah berkenaan disiarkan di laman web
darisungeiderhaka.blogspot.com.

Bloger berkenaan membidas Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar kerana membidas Bersih tanpa mengakui kepincangan dalam daftar pengundi.

“Beliau sepatutnya membuat semakan terhadap daftar pemilih yang baru dikemaskini Mei lalu,” kata beliau.

“Jika beliau serius akan tanggungjawabnya beliau harus menjelaskan bagaimana sebuah rumah yang kecil ini boleh terdapat seramai 64 pengundi di dalamnya dan bagaimanapun sebuah lagi rumah yang berada di kawasan yang sama boleh mempunyai seramai 88 pengundi pula,” tambahnya.

Semalam Wan Ahmad mendakwa himpunan Bersih diperalatkan oleh Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali mendedahkan rumah emaknya didaftarkan di bawah nama enam pengundi Melayu dan Cina untuk membuang undi pada PRU akan datang.

SPR bagaimanapun meremehkan isu “pengundi hantu” walaupun masalah itu telah berlarutan lebih lima dekad. 


TVSNews








0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List