AIR TAWAR DI MARIKH...?

on Aug 6, 2011


Sekumpulan saintis menemui bukti air tawar mengalir di curam cerun planet Marikh dan jika disahkan ia akan menjadi penemuan pertama air di planet itu, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin.

Data mengenai air itu diperoleh daripada kapal peninjau Marikh yang mengelilingi planet tersebut sejak 2006.

Menurut NASA yang merupakan agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS), air tersebut mengalir di beberapa lokasi semasa musim panas dan musim bunga planet Marikh.

Sebelum ini tiada air yang ditemui di Marikh walaupun ais telah ditemui di kutub planet berkenaan. - Agensi






0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List