Bila isteri tak mau disentuh

on Aug 7, 2011














“Kita akan begini selamanya... tidur berasingan dan saya tak benarkan awak sentuh saya sampai bila-bila!”  Demikian tegas seorang isteri yang membuat ‘kejutan malam pertama’ kepada pengantin baru, sejurus melangsungkan pernikahan.

Terasa pelik dan hairan pula aku bila bacanya. Bagaimana boleh terjadi begitu? Nikah sudah tapi tak mau sentuh-sentuh .. apa kes ini?

Macam dalam filem hindi pula rasanya. Tapi kalau dalam filem hindi, memang pada mulanya ada penolakan jika si isteri itu dipaksa kahwin atau sekadar berkahwin kerana nak jaga hati ibubapanya. Kemudian lama-lama jika suaminya itu sabar dan tabah hati .. tunjukkan sifat penyayang .. selalu ceria dan gembirakan hati si isteri ..  nyanyi lagu cinta selagu dua.. macam dalam filem Dhadkan .. Akhirnya hati si isteri itu cair jua ..  kembali menjadi seorang isteri yang setia.


 Suami kena tiru cam ni kot ..

Tapi itu dalam filem .. kenyataannya? ia  tentu payah, sakit dan pedih  ..

p/s – banyak kali juga aku tengok filem dhadkan .. suka tengok kesabaran seorang suami melayan karenah isterinya yang masih ada hati dek cinta pertamanya pada orang lain .. akhirnya cinta suci kembali padanya.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List