CALON MB BN SELANGOR...?

on Aug 27, 2011





Siapakah gerangannya tokoh Korporat itu..?

Berapakah pula kos operasi atau nilai pelaburan yang sudah mula dihitung untuk dileburkan demi mencapai cita cita peribadi seorang tokoh Korporat yang juga seorang “maulana” @ Billionair...?

Mengikut maklumat yang disampaikan, beliau sanggup berbelanja besar sekiranya gerak kerja “bawah tanah” ini mendapat sokongan dikalangan pelobi pelobi UMNO...

Ketika ramai pimpinan UMNO sudah mula mentelaah dan memahami maksud YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib bahawa mereka harus bersedia menerima “winable candidate”, nampaknya sudah ada satu “move” yang sedang melobi seorang tokoh Korporat anak Selangor sebagai calon Menteri Besar...!

Gerakan bawah tanah ini sedang diilhamkan oleh orang kepercayaan tokoh Korporat tersebut kerana beliau mempunyai hubungan akrab dengan beberapa pimpinan UMNO dalam negeri Selangor.

Kita sambung kisah ini selepas 1 Syawal kerana operasi gerakan bawah tanah ini akan diperhebatkan lagi selepas hari lebaran. Kempen ‘salam bercangkuk’ pasti memeriahkan lagi sesi ziarah kunjungan orang kepercayaan tokoh Korporat itu pada open house dan majlis Aidil Fitri pimpinan UMNO Selangor...

p/s; gambar diatas hanya sebagai hiasan sahaja, tidak ada kena mengena dengan mana mana individu samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Moral of the story mahu membongkar kisah Maulana dari sektor Korporat..., semoga tidak menjadi Mala’un Keparat...! 


sumber :- MEDAN INFO KITA
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List