INI KE PM THAILAND...?

on Aug 5, 2011


BANGKOK: Parlimen Thailand akan membuat pengundian untuk memilih seorang perdana menteri bagi memimpin kerajaan barunya esok, menurut seorang pegawai kanan Dewan Perwakilan Rendah Thai semalam.

Pemilihan itu akan diadakan pada 10 pagi esok, kata Encik Pitoon Pumhiran, Setiausaha Agung Sekretariat Parlimen Thai kepada agensi berita Reuters.

Cik Yingluck Shinawatra, (gambar)adik perempuan mantan perdana menteri Thai yang hidup dalam buangan, Encik Thaksin Shinawatra, akan menjadi calon bagi Parti Puea Thai, yang memenangi pilihan raya umum negara itu pada 3 Julai lalu.
Parti Puea Thai bersetuju membentuk satu pakatan dengan lima parti lain bagi menguasai 300 daripada 500 kerusi di parlimen Thailand.
Perdana Menteri Thailand kini, Encik Abhisit Vejjajiva, yang bakal meletakkan jawatan, mungkin bertanding bagi pihak pembangkang yang dikuasai parti pimpinannya, Parti Demokrat, parti kedua terbesar di parlimen negara itu.

Beliau meletak jawatan sebagai pemimpin partinya itu selepas kalah dalam pilihan raya pada awal bulan lalu, tetapi dijangka dilantik semula oleh para anggota partinya.
Calon yang menang harus menerima sekurang-kurangnya 251 undi untuk menjadi perdana menteri.
Keputusan undian itu juga bergantung kepada kelulusan oleh Raja Bhumibol Adulyadej, yang bakal diputuskan sehari selepas parlimen mengundi.
Sementara itu, Encik Abhisit dijadualkan menyampaikan ucapan beliau kepada negara tersebut malam ini sempena berakhirnya pentadbiran beliau, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Encik Satit Wongnongtoey, seperti yang ditukil laporan agensi berita Xinhua News, semalam.
Beliau juga dijangka memberikan taklimat kepada kerajaan baru Thailand dan orang awam mengenai suasana masa kini di negara itu. - AP



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List