Selidik Dahulu Sebelum Bertindak, Kata Mahathir

on Aug 20, 2011





Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil tindakan dalam isu dakwaan cubaan memurtadkan umat Islam di negara ini sebaliknya perkara itu perlu diselidiki terlebih dahulu.

Beliau melahirkan pandangan ini di sebalik isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengadakan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

“Kadang-kadang tuduhan itu benar, kadang-kadang tak. Kalau gopoh untuk menyiasat, esok bila (tindakan itu) salah, orang dah tak percaya lagi.

“Tunggu dulu sehingga dapat maklumat yang benar,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, dekat sini malam tadi.

Dipetik Bernama Online, Dr Mahathir berkata masyarakat Islam sendiri perlu mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan bantuan bagi mengelak kemungkinan akidah mereka terpesong.

“Kalau tak ambil berat dan mereka menderita, mungkin mereka akan tertarik dengan orang yang menawarkan bantuan kepada mereka,” katanya.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List