
Pihak pembelaan dalam perbicaraan liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menimbulkan kemungkinan sampel yang diambil dan diuji oleh ahli kimia dicemari tetapi hakikat itu diabaikan.
Tumpuan adalah terhadap calitan kapas B9 yang diperolehi dari kawasan rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan tuala putih yang diperolehi daripada sel Anwar apabila beliau ditahan semalaman.Ram Karpal, yang menyoal balas berkata demikian berikutan penemuan 18 allele yang menunjukkan kemungkinan kehadiran orang ketiga.Katanya, keraguan timbul tentang prosedur standard makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bersabit sampel DNA yang diperolehi daripada pengadu Saiful Bukhari.
Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald (kanan) berkata kedua-dua ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon - tidak sepatutnya mengabaikan pencemaran berkenaan.
"Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan mengapa ujian lanjut tidak dilakukan."Justeru katanya lagi, pakar kimia tempatan itu telah mengabaikan beberapa garis panduan asas makmal untuk memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada benda asing.

0 comments:
Post a Comment