Najib Akan Letak Jawatan.. Muhyiddin Jadi PM Seterusnya...?

on Sep 7, 2011



Kita tidak perlu menunggu lama sebelum menyaksikan satu perubahan besar dalam arus politik yang bakal melanda Negara kita.Politik dalam UMNo semakin memuncak, seolah menjangkakan pemergian perdana Menteri Najib Razak, ramai yang di dalam UMNO menjangkakan demikian. Orang yang seterusnya bakal mengantikannya,tak lain tak bukan timbalannya Muhyiddin Yassin. Semua mata tertupu kepada beliau, samada beliau akan berjaya mengubah UMNO yang mana gagal di tangani oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya.

Rumah terbuka hariraya Muhyddin peru didberi perhatian. Jumlah kehadiran yang mencapai satu rekod mengesahkan banyak pendapat bahawa beliau semakin Berjaya meraih sokongan, yang makin merosot bagi ketuanya.Pemilihan UMNO kemudian pilihanraya umum?

Bagi para pemerhati politik, adalah perlu di beri perhatian bahawa antara yang menunggu giliran menjadi TPM ialah President MC Chua Soi Lek, anaknya Timbalan menteri pertanian dan asas tan Chua Tee Yong dan lain-lain pemimpin BN tempatan. Ada spekulasi yang cukup kuat berkenaan perlarasan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli UMNO yang menyokong Muhyddin ,tetapi juga di kalangan parti-parti komponen BN yang lain.

Terdapat juga khabar yang Muhyddin mungkin mengambil alih sebelum pilihanraya umum akan datang.Jika hal tersebut berlaku, ia mungkin bermakna penangguhan tarikh pilihanraya ke tarikh akan datang di suku terakhir 2012, manakala pemilihan UMNO dijangka di bawa ke hadapan ke awal tahun hadapan. Pada ketika ini, hal ini kelihatan mustahil tetapi melihat dari keadaan dalaman UMNO, tidak mustahil dan mungkin tercapai bagi membolehkan mereka-mereka yang berkenaan berpuas hati dan berdiam diri sebelum pilihanraya umum ke 13. Sesetengah pengkritik berkata perlaihan kuasa dalam UMNO sebelum pilihanray umum ke13 ibarat membunuh diri, tetapi hal ini tidak dipersetujui oleh pemerhati UMNO.

"Tidak semestinya, kerana UMNO hari ini hanya menjaga UMNO. Mereka sedar MC dan MIC sudah tiada harapan.Apa yang mereka mahu pastikan ialah perpaduan melayu antara 3 juta ahli dan pemimpin-pemimpin yang berpengaruh. Dengan cara itu, mereke boleh mempertahankan kerusi yang sedia ada dan mungkin boleh merebut dari PAS, yang mana kita dapat lihat mereka asyik menyerang Mat Sabu tanpa henti dan menuduh Pas sebagai komunis.” Seorang pemerhati UMNO veteran memberitahu Malaysia Chronicle.

Muhyiddin pow-wow dan William Bourdon

Ada ura-ura mengatakan najib mungkin terpaksa membuat pelan peralihan kepada timblannya menjelang pemilihan tertinggi bulan Disember ini.Ini lah yang paling minimum untuk najib dilepaskan, tetapi Muhyddin jelasnya ingin mengukuhkan kuasanya sebelum tarikh pilihanraya umum ke 23 diumumkan. Menurut pihak dalaman parti,salah satu sebab ialah untuk menghalang pertelingkahan sengit dari penyokong najib yang mungkin rasa tidka puas hati jika beliau terpaksa mengundur diri sebelum beliau melengkapkan satu penggal.

Najib,58 tahun telah di kritik hebat akhir-akhir ini dan semakin jelas kebanyakan dari masalah yang dihadapinya berpunca dari rakan-rakan dalam partinya, yang sangat arif tentang kelemahan pucuk pimpinannya terutama semasa rally bersih 9 Julai lepas. Malahan terdapat berita dalam UMNo yang mengatakan Muhyddin yang merancang mesyuarat UMNO memaksa Najib memendekkan percutian nya ke Italy yang dirancang selepas lawatannya ke Vatican.

Rancangan Muhydin juga kebetulan dengan seminar 3 siri William Bourdon,seorang peguam Perancis yang dijadualkan member makluman kepada kumpulan rakyat prihatin berkenaan penglibatan najib dalam pembelian kapalselam scorpene yang bernilai RM7 juta.najib dituduh menambil komisen dan imbuhan dari penjual DCN dan bulan satu yang mengejutkan bila Bourdon telah disuir beberapa jam sebelum menghadiri majlis makan malam serta siding media.

Bagi kebanyakan mereka dalam masyarakat melayu, najib telah menjadi sejarah dan Muhyddin ialah tokoh baru. Walaubagaimana pun,ramai percaya beliau akan Berjaya mengambil alih tampuk presiden UMNo dari najib tapi tidak menjadi Perdana Menteri kerana pilihanraya umum mungkin dimenangi oleh pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim.

“Saya melihat Muhyddin mampu mengambil alih pucuk pimpinan UMNo. Saya rasa ianya telah berlaku. Teteapi untuk menjadi PM Malaysia, beliau perlu bersaing dengan hebat dan inilah sebab kita perlu beri perhatian dan sentiasa berusaha kea rah reformasi pemilihan.” Kata Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Presiden UMNO tapi mungkin bukan Perdana Menteri

Pada usia 64 tahun,Muhyddin harus cergas dan segera untuk mencapai cita-citanya ke puncak pimpinan sebelum bersara.Seorang yang berusaha,latarbelakang nya jauh berbeza dengan Najib. Beberapa persoalan berkenaan nya termasuklah bagaimana beliau akan meletakkan keadaan seperti sediakala dan meredakan UMNo sebelum pilihanraya ke13? Adakah beliau akan mendapat restu masyarakat? Adakah beliau akan berjaya membaiki keadaan ekonomi dan menjalankan satu pentadbiran yang adil dan saksama? Bolehkan beliau menstabilkan keadaan Negara dalam hal perkauman dan pertelingkahan agama?

Persoalan2 ini adalah adil terutama nya bila mengambil kira komen beliau, 'Malay First, Malaysian next' yang mana ramai percaya beliau tidak layak menjadi PM dimata pengundi bukan melayu.

Bagaimanapun,memandangkan pengundi melayu adalah jumlah yang terbesar dinegara in dan dengan bantuan dari sabah & Sarawak, penyokong Muhyddin yakin beliau akan Berjaya dengan majority walaupun mereka berhasrat untuk dua pertiga dari 222 kerusi dalam parlimen Malaysia.

“Sekurang-kurangnya masih ada rah untuk UMNO,yang sekarang tidak wujud lagi dibwah najib. Berkenaan ekonomi, agak sukar untuk pemimpin lain berbuat sesuatu yang lebih buruk dari Najib, dan bagi kaum bukan melayu, Muhyiddin pasti tahu bagaimana nak menarik mereka semula apabila beliau memegang kuasa kelak. Bagi beliau, yang penting ialah beliau membuktikan kepada UMNO beliau ialah seorang yang berjuang,berbanding Najib yang kelihatan lemah dan hanya berminat berbelanja dengan lawatan luarnegara untuk diri sendiri, isteri dan kroni-kroni nya,” seorang penyokong Muhyddin memberitahu Malaysia Chronicle.

Pesaingan tidak sihat telah mengambil alih UMNO,parti dalam keadaan terumbang ambing

Muhyddin berasal dari Johor.beliau menceburi politik dalam tahun 70an, sebelum dipilih sebagai MP Pagoh dalam tahun 1978. Beliau meningkat ke peringkat tinggi dalam UMNO Johor dengan menjadi Ketua UMNO Johor,menjadi Menteri besar dari 1986-1995.beliau dilantik ke cabinet sebgai Menteri belia dan Sukan dan kemudian menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.Muhyddin juga menjadi Naib presiden pada tahun 200 dan menteri Pertanian (2004-2008) dan kemudian menteri perdagangan antarabangsa dan industry (2008-2000).

Dalam tahun 2008, beliau bertanding dan menang timbalan presiden UMNo dan dilantik Timbalan perdana Menteri dan menteri pendidikan oleh PM Najib razak pada 2009, dengan sokongan dari bekas PM Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, beliau berhajat kepada kerusi tertinggi dalam UMNO.

Sebagai menteri pendidikan,Muhyddin menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantara untuk sins dan matematik di sekolah, satu langkah yang menggembirakan segolongan orang melayu tetapi ditentang oleh ibubapa dan tokoh pendidik.sekiranya sudah berada di kerusi tertinggi, beliau perlu belajar skill baru secepat mungkin-samada sebagai Perdana Menteri atau pemimpin pembangkang.

“Selama ini ,semua Perdana Mneteri adalah dari UMNo dan mereka bukan jurucakap bagi pihak diri sendiri atau Negara.Seperti juga Najib,muhyddin perlu melapur kepada UMNO dan beliau harus menyempurnakan kehendak parti. Pendapat parti didahulukan,dan beliau hanyalah menjadi suara parti,” kata Jui Meng.

“Jika beliau bertindak tidak mengikut kehendak parti, karier politiknya akan hancur. parti meletakkan beliau di posisi tinggi dan parti juga yang boleh menjatuhkannya jika beliau tidak menunggu giliran,seperti Najib.dan inilah sebab UMNO perlu perubahan. Pesaingan tidak sihat telah menjadi tiak terkawal dan menjadi barah yang memakan dan memusnahkan parti.”


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List