Siapa Berani Ambil Tindakan Terhadap 6 Individu Ini...?

on Sep 13, 2011




Suruhanjaya itu juga mencadangkan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Eusoff, Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta ahli perniagaan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana salah laku.




Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa hasil laporan suruhanjaya diraja siasatan berkaitan klip video kontroversial V.K. Lingam tidak boleh disemak balik memandangkan anggota inkuiri hanya mengemukakan penemuan, bukannya satu keputusan.
Peguam Datuk V.K. Lingam mahukan Mahkamah Rayuan mengkaji semula penemuan suruhanjaya itu bahawa beliau telah melakukan jenayah salah salah, yang menurutnya ia satu serangan serius ke atas reputasi beliau dan telah berhadapan dengan kesan yang buruk.
Hakim Raus Sharif memutuskan bahawa Lingam dan dua bekas ketua hakim negara tidak berhadapan dengan kesan teruk ekoran penemuan suruhanjaya itu.
Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinudin mempengerusikan panel tiga hakim. Raus merupakan Presiden Mahkamah Rayuan dan seorang lagi ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Abdull Hamid Embong.
Pada 7 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan ia akan membuat pendirian sama ada keputusan inkuiri suruhanjaya diraja boleh disemak atau tidak.
Ini berikutan langkahnya membenarkan inkuiri suruhanjaya diraja merayu keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Lingam dan dua bekas ketua hakim berhak mencabar perintah suruhanjaya itu berhubung satu klip video kontroversi yang mengaitkan peguam berkenaan dengan pelantikan hakim.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, membuat keputusan sebulat suara bahawa isu undang-undang yang dibangkitkan suruhanjaya tersebut merupakan sesuatu yang baru dan berkepentingan awam.
Pada 24 Ogos 2010, Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan majoriti 2-1, membenarkan rayuan Lingam, Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan mereka membuat semakan kehakiman terhadap keputusan suruhanjaya itu.
Berikutan keputusan itu, kes tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk pendengaran merit permohonan semakan kehakiman ketiga-tiga individu.
Dalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel suruhanjaya itu merumuskan bahawa klip video tersebut adalah tulen, dan Lingam merupakan individu yang berbual dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim.
Suruhanjaya itu juga mencadangkan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Eusoff, Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta ahli perniagaan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana salah laku.
Ia turut memutuskan bahawa terdapat bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-Undang 1976.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List