KHIR TOYO: BN SUKAR TAWAN SELANGOR

on Oct 14, 2011





Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo (gambar)  berkata, BN mungkin sukar untuk merampas semula negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.Menurutnya, masih ada kawasan hitam kepada BN di Selangor.“Masih ada kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hitam yang bermakna sukar untuk dimenangi BN. 

“Walaupun BN telah melakukan pelbagai usaha BN untuk merampas semula Selangor tetapi rakyat di kawasan hitam itu belum menampakkan tanda-tanda akan menukar kerajaan,” katanya ketika dihubungi. 


Bagaimanapun, Adun Sungai Panjang itu tidak mahu menamakan kerusi-kerusi yang hitam kepada BN itu. 


BN pimpinan Dr Mohd Khir menyerahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008. 


Dalam pilihan raya umum tersebut, Pakatan Rakyat menang 36 daripada 56 kerusi DUN dan 17 kerusi Parlimen. 


Kerusi bandar 


PKR pula  menang 24 kerusi iaitu 15 DUN dan sembilan Parlimen, jumlah yang tidak pernah dijangkakan manakala DAP menang di 13 kerusi DUN dan empat Parlimen. PAS memperoleh lapan DUN dan empat Parlimen. 


Umno hanya memperoleh 18 kerusi DUN dan empat Parlimen, sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sama sekali dan MCA menyumbangkan dua kerusi DUN dan satu Parlimen manakala semua calon MIC dan Gerakan di Selangor tewas.

 
Pilihan raya umum ke 13 dijangka diadakan awal tahun depan, Bagaimanapun, tempoh Parlimen berakhir ialah bulan Mac 2013.


Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukur Idrus berkata,  kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat lebih dari 3, 000 undi dalam pilihan raya umum lalu merupakan kawasan hitam bagi BN.
Katanya, kebanyakan kerusi berkenaan merupakan kerusi bandar. 


Bagaimanapun, Syukur yakin BN akan merampas semula Selangor berdasarkan sokongan rakyat kepada parti itu sejak kebelakangan ini. 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan  Pengerusi BN Selangor yang mengambil alih dari Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada tahun 2009.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List