Masih Relevan Kah Orang Ini......?

on Oct 23, 2011

mahathir subang airport 220706 mahathir gesturing


“[Mahathir Mohamad berkata] . . . menghasilkan sebuah legasi yang akan terus dikenang, tiada sesiapapun mempersoalkan kejadiannya.” Ini adalah petikan kata-kata dari Abdullah Ahmad tentang Mahathir ketika ‘Orang Maha Hebat’ itu mengumumukan persaraannya sebagai Perdana Menteri. Tan Sri Abdullah ialah bekas Ketua Pengarang News Straits Times ketika beliau mengarang petikan itu pada 26 Jun 2002 bila terdengar keinginan Mahathir itu.


Saya percaya rangkap itu datang terus dari dalam hati Abdullah kerana apa yang ditulis itu terlalu ‘mengasyikkan’…kalau tidak masakan maksudnya agak mendalam.


Nah, sekarang biar saya jelaskan apa yang datang dari sudut hati saya takala membaca rangkap yang sama.


Siapa di sini yang betul-betul percaya dengan kehebatan Mahathir?

Orang ini menggunakan duit dan kuasa sesuka hatinya lebih dari mana-mana 
Perdana Menteri terdahulu! Atau mana-mana dicelah dunia yang bertamadun pernah melakukan perkara ini, melainkan beberapa negara di benua Afrika atau di beberapa daerah di dunia di mana ‘hukum peluru’ adalah jawapan pada penentangan!


Siapa yang berani merakamkan ucap tahniah kehebatan Mahathir yang telah memperkenalkan di dalam cara hidup kita konsep seperti Operasi Lalang (ISA dan matlamat menghalalkan cara), nepotisme, politik wang, tamak-rakus, penswastaan, IPPs dan Perwaja; kehebatan (kejahatan) Mahathir yang dikenang [menghapuskan] sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan pendapatnya?


Legasi kehebatan yang ditinggal antaranya – tender niaga dipaksa runding, institusi kehakiman yang tidak bersih, empangan Bakun, syarikat Renong dan kadar hutang piutang yang menggerunkan, Khir Toyo, Daim Zainuddin dan pelbagai macam isu lain. “Orang Maha Hebat” ini hampir sempat meninggalkan kita dengan sebuah jambatan bengkok.


Setiap jentera kerajaan, semua perlantikan jawatan tertinggi pejabat awam, semua keputusan politik yang dibuat zaman Mahathir adalah atas wewenangnya untuk kita melaksanakan.


Bukan Pak Lah, bukan sesiapa…tiada seorang pun yang terlalu bebal untuk meneruskan kehebatan Mahathir.


Kesemua perkara yang kita katakan sekarang ada permulaannya, dibangunkan dan masuk ranum ketika zaman Mahathir. Samy Vellu, Rafidah Aziz, VK Lingam, Augustine Paul, Lim Liong Sik, Daim Zainuddin, Vincent Tan, Abdullah Ang, Eric Chia…kita jadi pusing kepala memikirkan berapa bilion wang rakyat yang telah mereka larikan!


Tuan, anda perlu ada sedikit tanggungjawab.


Apakah yang dimaksudkan dengan kemasyhuran di dalam seseorang?  

“Kemasyurhan seseorang itu bukan terletak pada apa yang kau ambil tetapi apa yang kau tinggalkan.” – Edward Gardner.


Hutang piutang berbilion ringgit


Mahathir meninggalkan kita dengan hutang piutang berbilion ringgit, bukan jutaan ringgit!


Orang ini meninggalkan kita dengan bangunan pencakar langit taraf Dunia 

Pertama tetapi gagal menyediakan kita yang ketika itu masih berapa dalam minda Dunia Ketiga untuk bersedia dengan  bangunan ternama. Sekiranya anda membawa negara di dalam satu era yang mana semua orang belum bersedia, anda sebenarnya orang yang tidak bertanggungjawab!


Jika anda ada mengambil keuntungan dan menghadiahkan projek-projek kepada mereka-mereka yang ANDA rasa mampu melaksanakannya namun tidak – anda harus bertanggungjawab!


Jika anda tidak melakukan apa-apa terhadap Pemimpin yang merampas hak rakyat – seperti yang Samy Vellu lakukan kepada masyarakat India – anda harus bertanggungjawab!


Jika anda mencabut kuasa Raja dan Sultan,memperkasa UMNO dengan kuasa yang dirembat itu dan UMNO kemudiannya menyalahgunakan kuasa itu – anda harus bertanggungjawab!


Bila anda mengenepikan dua orang Timbalan dan mengakibatkan:


1) Di dalam UMNO, berpuak-puak akan selama hayatnya melemahkan parti;


2) dan salah seorang Timbalan yang diketepikan, Anwar, muncul kembali 10 tahun selepas itu dan menumpaskan UMNO di dalam sebuah pilihanraya umum, anda harus bertanggungjawab.


Bila anda memilih doktor gigi dan menjadikan dia Menteri Besar Selangor – dimana MB ini kemudiannya sibuk memperkayakan diri sendiri pada akhirnya tumbang dinegeri sendiri ditangan Pembangkang – anda harus bertanggungjawab.


Bila anda menarik pemberian royalty minyak kepada negeri Terengganu dan Kelantan kerana penduduknya mengundi Pembangkang, anda harus bertanggungjawab ke atas kesusahan penduduk di dua negeri itu yang kini hidup tanpa dana pembangunan.


Bila anda menggunakan duit Petronas untuk melangsaikan hutang syarikat perkapalan anak anda yang mencecah ratusan juta ringgit, anda harus bertanggungjawab kerana pecah amanah sebagai penjaga wang negara.


Bolehkah dia berjalan-jalan tanpa diserang?


Orang seperti anda telah memaksa saya, berusia 62 tahun menetap di Adelaide, Australia menulis artikel ini dengan penuh keperitan dan kesedihan, membenarkan orang seperti anda terus hidup atas kesengsaraan kami.


Ada ketika itu anda menyuruh kami melihat ke Timur. Kami ikut lihat ke Timur.


Anda suruh kami jangan beli barangan British. Kami tidak beli barangan British.


Anda menyuruh kami membeli Proton, kami beli Proton – walaupun dengan paksaan. Mungkin pada masa itu ianya relevan. Jadi wahai Tun, menggunakan analogi itu, benarkan saya secara terhormat menyatakan ini: “Tun, anda sudah lama tidak relevan”.


Anda sudah lama tidak relevan di dalam UMNO melainkan untuk kepentingan peribadi sesetengah muka. “Dengarkan! Dengarkan!” atau seperti kata blogger Antares – hanya untuk kepentingan Ibrahim Ali sahaja, “Dengarkan, Dengarkan!”


Anda tidak lagi relevan untuk orang Melayu. Anda telah melakukan banyak kerosakkan kepada kami dan kami tahu tipu muslihat anda.


Anda sudah tidak relevan untuk penduduk negara ini. Kami sepakat untuk meneruskan hidup dan menuntut sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mempunyai dasar terbuka. Kami sudah tahu penipuan dan pembohongan anda.


Tun, anda mungkin masih relevan kepada orang-orang yang masih menyayangi anda  - para Datuk, para Ayah dan para Suami. Bukankah ini masanya untuk anda mengembalikan Cinta, Hormat dan Kehendak mereka bagi mereka terus bersama anda? Dan anda mengembalikan Cinta dan Hormat yang telah mereka berikan kepada anda hari ini? Seorang Datuk, Ayah dan Suami yang berusia 84 tahun.


Tuan, segala kebaikkan itu ada di Mekah, segala pengampunan yang telah ditunjukkan Mandela kepada orang yang memenjarakannya dahulu, dan segala rasa cinta keluarga Teoh Beng Hock, Kugan dan Aminulrasyid kepada mereka yang dicintai sekiranya anda akan dimaafkan oleh rakyat Malaysia satu hari nanti.


Dan saya pasti dengan apa yang saya katakana di sini, anda masih mendapat kesukaran berjalan di jalan-jalan di Kuala Lumpur resah seseorang akan meuldah muka anda…dan Tuan semuanya ini adalah benar dan tiada yang tidak benar…bantulah saya wahai Tuhan!




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List