'Undilah' ada mesej bagus untuk masyarakat

on Oct 7, 2011

NONE

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak keberatan jika video pengumuman khidmat pesanan awam 'Undilah' yang dikatakan mengandungi babak tidak disenangi ramai, ditarik balik.
    
"Bagi orang yang nak haramkan video itu kalau dia ada kuasa, dia haramkanlah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
    
Tengku Razaleigh merupakan antara tokoh yang muncul dalam video itu, yang menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik BN dan Pakatan Rakyat, tempatan dan ahli sukan.
        
Video selama 4.38 minit arahan pemuzik Pete Teo yang boleh diakses di laman 'Youtube' dan dilancarkan sempena Hari Malaysia, menyeru rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi.

Tengku Razaleigh berkata beliau secara peribadi berpendapat video itu mempunyai mesej yang bagus untuk masyarakat.    
    
"Saya diminta bagi kenyataan untuk seru rakyat mendaftar (sebagai pemilih)... terutama sekali banyak muda-mudi golongan Melayu tak daftar, tapi kaum Cina ramai, jadi saya tampil ke depan," katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video "Undilah" belum mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk siaran, dan yang sedemikian, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List