UMNO/BN TIDAK PERNAH IKHLAS...?

on Nov 27, 2011





Ibu bapa terpaksa mendengar ucapan dari pemimpin UMNO/APCO-BN yang menggunakan kesempatan itu untuk berkempen sebelum wang RM100 diagihkan. Di samping itu, ada ibu bapa yang dihidangkan dengan ceramah politik sementara menunggu wang itu diserahkan. Urusan agihan wang tersebut sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah sekiranya bantuan RM100 tersebut adalah dengan niat untuk membantu pelajar. Insiden tersebut jelas menyusahkan ibu bapa, bukan itu sahaja, masa mereka terbuang begitu sahaja untuk menunggu kehadiran pemimpin UMNO/APCO-BN cuma kerana wang RM100.

Sememangnya ada penglibatan orang politik dalam agihan wang RM100 kepada murid-murid sekolah seluruh Malaysia membuktikan bahawa sumbangan tersebut punya niat tersembunyi sebagaimana yang dikatakan oleh ramai orang. Banyak pihak berharap agar kerja jahat dan kesempatan yang diambil untuk berkempen sebelum agihan wang kepada ibu bapa tidak dapat mengubah minda warga Malaysia untuk terus menilai BN dalam PRU13 tidak lama lagi.

Rakyat Malaysia jangan lupa terhadap kerakusan pemimpin UMNO/APCO-BN yang telah menyapu bersih wang rakyat, antaranya skandal-skandal seperti isu PKFZ yang bernilai RM12.5 bilion, pembelian koc keretapi RM500 juta, pemberian kontrak kepada kroni RM500 juta, projek lembu Feedlot kepada Sharizat Jalil bernilai RM250 juta, penyelewengan projek Facebook (Pelancongan) RM1.8 juta.

Harus diingat bahawa RM100 untuk murid itu pemberian one off. RM100 dibahagi dengan 365 hari = RM0.27 sehari....aduhai....ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana...janganlah termakan dengan gula-gula ni.. apalah sangat nilainya yang tak sampai 30 sen tu......setahun beb ... tahun depan belum tentu dapat ... celah gigi pun tak lekat.....berapa bilion pemimpin-pemimpin UMNO/APCO kebas? Itu yang patut kita tentang habis-habisan!!!


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List