Bila Cina Terpaksa Bela Orang Melayu Di Parlimen...?

on Dec 8, 2011


Berikut adalah teks ucapan YB Wee Choo Keong di Parlimen yang dipetik dari Hansard pada 18 Okrtober 2011 berhubung PENYAMUN PENYAMUN dalam GLCyang diketuai oleh "Gang Of Two".Mungkin Yb Wee seorang berbangsa Cina tetapi apa yang disentuh beliau di Parlimen berkait rapat dengan AMANAH yang diberikan oleh orang MELAYU terhadap PENYAMUN PENYAMUN MELAYU dalam banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang konon nya untuk MEMPERKASA bangsa Melayu.

Ianya kini sudah menjadi satu EPIDEMIC atau WABAK  sejak sekian lama bilaKEPALA KEPALA GLC ini menggunakan AMANAH  yang diberi orang Melayu kepada mereka untuk MENGAUT KEKAYAAN untuk diri mereka sendiri,keluarga dan kroni mereka dengan melakukan PENYELEWENGAN,SALAHGUNA KUASA,RASUAH DAN ROMPAKAN terhadap khazanah milik rakyat terutama orang Melayu.


Teks ucapan di Parlimen terhadap “Gang of Two”


Di bawah adalah sebahagian daripada teks ucapan di Parlimen pada 18 Oktober, 2011 dari Hansard. 
17:00 18.10.2011
Tuan Yang di-Pertua,
Izinkan saya memberi pengesahan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa sebagai anak watan Kelantan yang menghayati adat dan budaya orang Melayu dan kebanyakan daripada rakan-rakan saya juga adalah orang Melayu, tidak kiralah sama ada mereka dari golonganassabiyah ataupun tidak, cara kehidupan dan budaya orang Melayu bukanlah asing bagi saya.

Tuan Yang di-Pertua,
saya ingin menegaskan bahawa saya bukan berhasrat untuk menjadi seorang yang anti Melayu ataupun sebarang ungkapan atau perkataan yang membawa maksud yang sedemikian. Akan tetapi saya ingin menegaskan akan sikap saya dan rakyat pada keseluruhannya yang tidak boleh menerima sama sekali terhadap tingkah laku beberapa individu yang tertentu yang telah diberikan kepercayaan dan amanah oleh kerajaan untuk mempertahankan hak-hak rakyat yang kebanyakannya juga adalah sahabat-sahabat saya daripada masyarakat orang Melayu.

BACA SELANJUTNYA DISINI



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List