Hasan Ali - Saya Setia Bersama Parti

on Dec 15, 2011

azlan


EXCO kerajaan Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau akan terus bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi raja.

Ditanya wartawan sama ada beliau patut meninggalkan PAS jika menghadapi masalah dalaman parti, Hasan berkata ia tidak semudah itu.

“Saya sudah lama di dalam PAS, tidak akan mudah untuk meninggalkannya begitu saja. banyak rakan-rakan yang saya perlu bincang, mufti-mufti, penasihat agama dan juga orang lama dalam politik yang selalu saya bincang. Akan saya guna semua itu (dalam membuat keputusan).

“Tetapi jika organisasi itu tidak mendukung ketiga-tiga prinsip saya perjuangkan, ini mungkin berlaku,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur, hari ini.

Ditanya, jika beliau akan terus setia kepada perjuangan PAS dan Pakatan, Hasan berkata beliau kurang selesa dengan perkataan ‘setia’ kerana ia mungkin membawa konotasi yang lain.

Tegasnya, beliau hanya setia kepada Allah tetapi ‘kesetiaan’ kepada manusia dalam konteks politik tidak dituntut oleh Islam.

“Jangan nanti dikatakan yang saya kata tak perlu taat pada sultan. Hanya dalam konteks ini.

“Saya membantu mereka, dan mereka membantu saya,” kata Hasan.

Perkara kecil

Mengulas hakikat bahawa beliau tidak mendapat cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusi Gombak Setia yang disandangnya, bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata ia hanya perkara kecil kerana “perjuangan untuk Islam lebih besar”

“Isu pencalonan itu kecil, berbanding perjuangan saya untuk Islam, jadi pada saya ia tidak penting.

“Saya terima (pencalonan) di atas nama akidah… dan ian pergerakan yang bukan didukung oleh parti politik, di okong oleh NGO dan bertujuan untuk memberitahu orang Islam akan ancaman kepada akidah mereka.

“Saya ada hati kecil di sini, anda juga ada hati kecil disini, sesiapa saja akan terasa perkara sebegitu,” katanya.

Menurut Hasan, beliau tidak suka melabelkan gerakan menentang beliau sebagai satu konspirasi.

Manun, katnya, beliau tidak menafikan berlaku halangan baik dari pihak dalaman mahupun luar berhubung kerja-kerja yang dialkukannya.

“Kadang-kadang kita terima halangan dari luar, kadang-kadang dari dalam… saya tidak suka gunakan perkataan konspirasi, tetapi mungkin ada gerakan untuk menahan kemaraan Dr Hasan?” katanya.


Baca Lagi Kat  Sini Dan Sini

Photobucket

1 comments:

hussin said...

hassan, u r a a good motivator. now time for u to go fly kite!

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List