Salahudin Ayub Vs Ibrahim Ali Parlimen Pasir Mas...?

on Dec 14, 2011






PAS dilaporkan akan mengketengahkan naib presidennya Salahuddin Ayub di kerusi parlimen Pasir Mas dalam usaha  menumbangkan presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew Daily yang memetik sumber, jawatankuasa perhubungan PAS Kelantan telah melengkapkan senarai awal calon-calon parti itu yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Ia menyatakan bahawa Salahuddin, yang kini ahli parlimen Kubang Kerian akan diletakkan di Pasir Mas.

Laporan itu juga menyebut senarai calon berkenaan telah dikemukakan kepada Majlis Syura PAS untuk dimuktamadkan.

Pada pilihan raya umum lalu, Ibrahim bertanding atas tiket PAS dan mengalahkan calon Umno. Beliau bagaimanapun berpaling tadah dan menjadi Bebas dan menubuhkan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang condong menyokong BN, khususnya Umno.

Jika PAS bertanding di Pasir Mas, besar kemungkinan, pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Umno juga akan menyertainya.



MK
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List