Ingat Selangor Ini Negeri Mak Bapak Dia Ke?

on Jan 24, 2012


"Ingat Selangor  ni negeri mak bapak kau ke....?"
kata Ibrahim Ali


Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, kritikannya terhadap pertukaran portfolio agama negeri tiada kena mengena dengan kedudukan Sultan Selangor.


Lagi pun, katanya, PERKASA selama ini konsisten membela institusi raja-raja Melayu.


"Nak halang saya masuk Selangor. Wah, apa Faekah ingat Selangor ini negeri mak bapak dia ke?"kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas.


Menteri besar Selangor pagi ini dilaporkan akan berbincang dengan penasihat undang-undang dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Ibrahim yang mengkritik keras perubahan portfolio agama negeri itu.


Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin menyifatkan kenyataan itu sebagai penghinaan kepada Sultan yang memperkenan perkara itu dan mencadangkan Ibrahim dihalang menjejakkan kaki di Selangor.


Dalam kenyataan segeranya petang ini, Ibrahim berkata, beliau bersedia sekiranya kerajaan negeri memutuskan mahu mengambil tindakan undang-undang ekoran kenyataannya sebelum ini.


"Jika mereka nak saman saya, samanlah. Saya tak boleh buat apa-apa. Biar mahkamah putuskan apa yang saya kata 'mungkin' berlaku itu dan ini, salah atau tidak. Kalau salah saya masuk jail, tak ada hal," katanya.


Menjelaskan kenyataannya semalam, Ibrahim berkata, bila ditanya pemberita pandangannya tentang perkara itu, beliau menjawab:


"Jika Khalid MB pegang hal ehwal Islam, mungkin itu dan ini akan berlaku hal-hal yang berkaitan dengan Islam".


"Itu cabaran padanya," katanya lagi.


Ibrahim semalam dilaporkan berkata, pengambil alihan portfolio hal ehwal Islam Selangor oleh Khalid bertujuan untuk memberi jalan kepada kegiatan "tidak bermoral" dan memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan menjelang pilihan raya.


Ibrahim menjelaskan, pemecatan Hasan dan pengambil alihan portfolio berkenaan merupakan "tamparan hebat" kepada PAS, dan menggelarnya "kekalahan untuk Islam dan kemenangan untuk liwat", lapor sebuah portal berita.




Sumber
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List