Jangan Tuduh Aku Tawww...

on Feb 11, 2012






UMNO Lembah Pantai menyangkal bahawa ketua mereka, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjadi dalang memberi maklumat pusat fidlot kebangsaan (NFC) kepada pembangkang.

Dua bekas orang kuat Umno bahagian – Yusri Ahmad dan Zalina Abdul Halim – berkata, bekas ahli parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sudah terkeluar dari politik bahagian.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah kini adalah ahli parlimen kawasan tersebut setelah menewaskan Shahrizat pada pilihanraya umum ke 12 Mac 2008 dengan majoriti 2,895 undi.

“Raja Nong Chik sudah memberi tahu bahawa beliau akan bertanding di Lembah Pantai. Beliau ketua bahagian, menteri dan timbalan ketua Umno Wilayah Persekutuan, beliau paling layak bertanding.

“Seharusnya ketua bahagian yang menjadi pilihan bertanding,” kata Yusri, bekas ketua bahagian.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Raja Petra Kamaruddin bahawa Raja Nong Chik yang memberikan rahsia tersebut kepada PKR.

Pengendali laman berita Malaysia Today itu mendakwa Raja Nong Chik berbuat demikian kerana beliau mahu menyingkirkan Shahrizat dari terus bertanding kerusi parlimen itu.

Raja Nong Chik mahu bertanding di kerusi parlimen tersebut, kata Raja Petra.

`Tidak percaya’

“Saya tidak percaya dengan dakwaan Raja Petra itu,” kata Yusri lagi.

Zalina yang pernah menjadi ketua Puteri menambah, tidak munasabah untuk Raja Nong Chik memberi maklumat kepada pembangkang mengenai NFC itu.

Katanya, menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu tentu tahu implikasi memberi maklumat dalaman Umno kepada pembangkang.

“Terlampau banyak implikasi kepada parti (Umno) jika orang dalam melakukannya,” tambah beliau.

“Isu NFC itu telah dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara.”

Sementara itu ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhasbshee berkata, Shahrizat hanya perlu berterus terang sama ada beliau terlibat atau tidak.

“Jika benar mengaku, kalau salah nafikan lah. Jangan buat orang keliru,“ kata beliau.

Menurutnya, jangan kerana diri seorang semua orang menjadi susah.

Isu NFC menjadi heboh setelah PKR mendedahkannya kepada umum termasuk memberi bukti pembabitan syarikat milik keluarga Shahrizat.

Shahrizat menafikan pembabitan beliau sebaliknya mengatakan NFC syarikat milik suaminya.

SPRM telah mengambil kenyataan dari Shahrizat, Rabu lalu.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List