KALAH PRU: SAMY SALAHKAN MAHATHIR

on Apr 9, 2012






Bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menyalahkan  bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kekalahannya pada pilihan raya umum 2008.Dalam wawacara disiarkan akhbar The New Straits Times hari ini, Samy mendakwa jumlah undi rosak di kawasan parlimen Sungai Siput dalam pilihan raya itu disebabkan oleh kenyataan Mahathir.Ia disebabkan oleh nasihat Mahathir kepada pengundi Melayu supaya ahli Umno tidak memberi undi kepadanya, dakwa Samy.

Samy menjelaskan, beliau diberitahu demikian oleh pengundi yang berkata Mahathir memberitahu supaya tidak mengundinya.

Samy juga mendakwa, Mahathir menaruh dendam kepadanya kerana menghalang kemasukan parti Indian Progressive Front (IPF) ke dalam BN walau dipersetujui parti komponen lain.

Namun, Samy berkata beliau masih menghormati Mahathir dan khidmatnya selama 22 tahun bersama bekas presiden Umno itu merupakan pengalamannya yang “maha hebat.”



KLTODAY

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List