Apakah Muhyiddin Berjaya...?

on Jun 15, 2012


15 JUN 2012  -

Nampaknya Muhy berjaya dan pelannya untuk mengambilalih kepimpinan UMNO Baru nampaknya akan menjadi. Semasa keputusan pilihanraya umum 2008 yang lalu, saya dan ramai yang lain berpendapat Pak Lah mesti meletakkan jawatan beliau kerana prestasi BN dalam pilihanraya itu amat menyedihkan parti. Dengan keputusan buruk UMNO Baru dalam pilihanraya itu Pak Lah merupakan seorang PM yang mendapat dua keputusan pilihnraya yang sangat ‘extreme’.

Dalam pilihanraya 2004, iaitu pilihanraya yang diketuai oleh Pak Lah buat pertama kalinya sebagai PM negara, beliau telah mendapat mandat 90% sokongan rakyat, dan ianya merupakan mandat yang terbesar selepas pilihanraya 1955 dalam mana Perikatan hanya kalah satu kerusi sahaja di Pulau Pinang. Calon Perikatan tunggal yang kalah dalam pilihanraya itu ialah Sulaiman Palestin, calon Pulau Pinang Selatan.

Kejayaan Pak Lah mendapat mandat besar dalam pilihanraya 2004 itu adalah kejayaan yang tidak susah untuk ditafsirkan. Pertamanya, rakyat semasa itu menunggu dengan sabar untuk Mahathir meninggalkan kuasa kerana sudah terlalu lama dan membosankan, maka sesiapa sahaja yang mengambilalih tentunya mendapat sokongan besar asalkan sahaja dapat menyaksikan Mahathir meninggalkan kuasa.

Keduanya, rakyat terutamanya yang bukan Melayu memberikan sokongan kepada Pak Lah kerana imej Pak Lah sebagai seorang yang lembut dan membawa imej keagamaan dan rakyat mengharapkan budaya dan ‘political spirit’ yang lebih baik daripada Mahathir akan wujud. Maka apabila Pak Lah membawa negara kepada pilihanraya umum pada 2004 maka rakyat telah menumpukan untuk menerima keadaan dan ‘environment’ baru, lantas memberikan dukungan bulat kepada BN.

Tetapi apabila Pak Lah mengambilalih dalam masa yang tidak seberapa, rakyat menyedari bahawa Pak Lah yang berimejkan bersih itu tidaklah sebersih yang diharapkan dan masa itulah bermulanya BN hilang sokongan dari ramai rakyat semua kaum terutamanya kaum bukan Melayu.

Dalam UMNO Baru  pula ramai telah memberikan tekanan kepada Pak Lah terutamanya Mahathir sendiri yang didukung oleh konco-konco beliau dan Mahathr sendiri telah mengambil tindakan drastik dengan meninggalkan UMNO Baru sebelum menghadapi pilihanraya umum ke-12. Buat pertama kalinya UMNO/BN telah kehilangan kemenangan tradisi 2/3 di Dewan Parlimen dan di sinilah bermulanya Muhyiddin bermain politik kerana kedudukan beliau sebagai Naib Presiden yang senior dalam hieraki parti.

Najib yang ketika itu merupakan Timbalan Presiden, merasakan masanya sudah tiba untuk mengambil kesempatan untuk mengambilalih kepimpinan kerana keadaan semasa itu amat sesuai untuk beliau bertindak untuk mengambilalih Pak Lah kerana kegagalan Pak Lah mempertahankan majoriti tradisi 2/3 di Dewan Parlimen.

Muhy juga melihatnya sebagai peluang untuk meningkatkan kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden dan serta-merta menonjolkan Najib sebagai penerju mengambilalih tempat Pak Lah kerana Muhy yakin Najib tidak akan kekal lama dengan masalah peribadi yang ada kepada Najib yang suatu ketika nanti boleh menjadi isu yang akan menyebabkan Najib terpaksa meninggalkan jawatan PM itu dan seterusnya untuk beliau mencapai ‘ultimate’ beliau untuk menjadi PM.

Sekarang apa yang dirancang oleh Muhy itu nampaknya berjaya kerana Najib pada pandangan ramai ahli-ahli UMNO Baru akan terpaksa melepaskan jawatan beliau seperti apa yang dialami oleh Pak Lah dahulu. Sejarah yang masih muda itu akan berulang kembali. Persedian untuk melakukan apa yang berlaku kepada Pak Lah dahulu sudah pun bermula dengan langkah-langkah awalnya dan hanya yang memahami keadaan sahaja yang boleh membaca keadaan ini dengan baik.

Tetapi Muhy harus bertanya, samada BN masih akan kekal atau pun tidak sebagai pemegang mandat Rakyat kali ini? Jika BN gagal kali ini untuk memenangi mandat rakyat mengambilalih Najib, bermakna mengambilalih  kerusi ketua pembangkang. Soallah diri masing-masing dan jawablah sendiri.




ASPAN ALIAS


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List