Johor ‘kubu kuat Umno’ hanya akan menjadi sejarah

on Jun 4, 2012

4 JUN 2012

PAS Johor bersikap sangat realistik dalam jangkaan pertambahan kerusi kemenangannya di negeri itu dalam PRU Ke-13, walaupun ada gambaran bahawa negeri tradisi Umno itu akan menjadi pusat kepada gelombang perubahan pada pilihan raya umum akan datang itu.

Malah Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia (Amcham), Fui K. Soong pernah mendakwa, gelombang itu juga mungkin akan merebak ke Melaka sehingga ke Negeri Sembilan.


Bahkan ketika saya bertemu dengan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed baru-baru ini, dengan nada yang sangat sederhana memberitahu bahawa pendukung PAS Johor bekerja keras siang malam untuk mencapai kemenangan dalam PRU akan datang.

“Kami berazam dan berusaha serta bertawakkal, namun ketentuan akhirnya ialah pada Allah s.w.t.,” katanya.
Memang saya dapat membayangkan di mana bukan mudah untuk memecahkan tembok kekuatan negeri tradisi Umno ini dengan segala sejarahnya. Tetapi perkembangan terkini, dengan petanda kesedaran anak Johor akan perlunya perubahan ada isyarat jelas bahawa ‘kubu kuat Umno’ negeri itu akhirnya hanya akan menjadi sejarah.
Lima generasi selepas Umno ditubuhkan, keadaan sangat jauh berbeza dari masa lalu. Kepelbagaian maklumat dari pelbagai sumber media baru sangat menolong kepada perubahan ini, lebih-lebih lagi isu-isu besar, seperti isu pengambilan tanah, pengabaian kehendak rakyat, isu-isu rasuah dan seumpanya sangat menyedarkan rakyat Johor akan perlunya perubahan dalam PRU Ke-13 nanti.

Menurut Fui K. Soong, pandangannya mengenai perubahan iklim di Johor juga berasaskan kepada faktor Johor yang mempunyai banyak kawasan campuran selepas Selangor.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pernah berkata bahawa jumlah ribuan hadirin dalam ceramah PAS di kawasan Melayu semakin menjadi perkara biasa di Johor, sesuatu yang tidak terjadi dimasa lampau.
Lebih memberansangkan, katanya, ialah didapati yang hadir itu terdiri dari penduduk tempatan. "Kecuali majlis-majlis khas yang besar di mana mungkin ahli PAS dari seluruh Johor hadir beramai-ramai, kehadiran majlis biasa adalah dari penduduk tempatan. Maknanya, kalau 1,000 yang hadir ceramah kita, hampir semuanya adalah penduduk tempatan," kata Salahuddin.

Mengenai sambutan di kalangan masyarakat Cina pula, beliau berkata, Umno sendiri semakin merasai bahangnya.

Malah, katanya, bekas Presiden MCA (Ling Liong Sik) sendiri menjangkakan BN mungkin akan kehilangan sejumlah sokongan di Johor.

Gerak kerja PAS Johor yang dipimpin oleh Persuruhjayanya beserta pasukan kerjanya yang bertungkus lumus – Mazlan Aliman, Dzulkufly Ahmad, Aminul Huda, Suhaizan Kayat, Ustaz Abdullah Husein, Muslimat dan Pemuda serta ramai lagi yang tidak dapat disebutkan semuanya – adalah penggerak utama PAS Johor, dibantu oleh pemimpin PAS kawasan dan cawangan.

Seperti yang saya tegaskan tadi bahawa PAS Johor bersikap sangat realistik dalam jangkaan pertambahan kerusi kemenangannya. Datuk Dr Mahfodz meletakkan sasaran realistiknya ialah menang 15 kerusi negeri berdasarkan fokus parti sebaik selesai pilihan raya umum 2008 dan sokongan pengundi.

“PAS akan meletakkan calon di 28 kerusi tetapi potensi menang adalah 15. Ini sasaran yang realistik dan terjangkau,” kata beliau dan menambah, jika menang lebih dari jumlah itu, ia adalah bonus. Namun kemungkinannya tetap ada, katanhya.

Parti itu bertanding 33 kerusi negeri dalam pilihan raya umum lalu tetapi cuma menang dua kerusi negeri – Maharani dan Sungai Abong. Parti itu tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen walaupun meletakkan sembilan calon.

Datuk Dr Mahfodz berkata, kali ini kita (PAS) akan bertanding lapan kerusi Parlimen, antaranya Pulai, Pagoh, Simpang Rengam dan Air Hitam. Menurut beliau lagi, PAS negeri sudah menghantar senarai nama calon kepada Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur.

Katanya, dalam senarai tersebut, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dicadangkan untuk bertanding dua kerusi iaitu Parlimen dan negeri. Kali ini PAS akan menampilkan banyak muka baru dan juga menghantar beberapa nama bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk bertanding atas tiket PAS dan PAS Johor juga sedang merangka manifesto bersama Pakatan Rakyat. PAS akan menggunakan manifesto ini di kawasan yang ditandinginya.

Salahuddin, anak jati Tanjung Piai, Pontian kini menjadi perhatian utama sejak diumumkan akan bertanding di Johor. Diberitakan beliau mendapat sokongan daripada pengundi masyarakat Cina. Sokongan ini telah dizahirkan kepada Salahuddin pada majlis makan malam bersama masyarakat Cina Gelang Patah di sebuah restoran di Gelang Patah.

Rata-rata masyarakat Cina yang hadir di majlis itu menyatakan gembira mereka dengan keputusan yang diambil oleh Salahuddin untuk kembali bertanding di Johor.
Dalam ucapan Salahuddin menyatakan bahawa kepulangan beliau ke kancah politik Johor ialah semata-mata untuk membela nasib rakyat Johor yang menghadapi pelbagai masalah. Majlis makan malam anjuran DAP Gelang Patah itu berjaya mengumpulkan lebih 1,600 orang masyarakat Cina yang turut dihadiri oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat, Dr. Boo Cheng Hau, Tian Chua dan Teng Cheng Kim.

Di tengah-tengah kerancakan gerak kerja PAS Johor, sayap pentingnya – jentera penerangan PAS Johor - telah menggerakkan jenteranya disemua peringkat. Ketua Penerangan PAS Johor, Ghazalie Ayob yang juga adik Salahudin, telah memberi taklimat gerakan penerangan di Batu Pahat baru-baru ini.

Ghazalie telah menggariskan langkah penting gerakan penerangan, khususnya di kawasan pedalaman supaya pengundi Johor ikut sama dalam perubahan menjelang PRU Ke-13 akan datang.
Pada pendapat saya, dengan gerak kerja yang berstrategi, bacaan politik yang tepat, kesepaduan tenaga kerja baik Ulama, Pemuda dan Muslimat, maka peluang PAS Johor mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13 adalah cerah. Kini sudah ada tanda jelas bahawa rakyat Johor juga mahukan perubahan.


Oleh Abd Shukur Harun

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List