Pemimpin UMNO Terkencing dalam Seluar...?

on Jun 9, 2012



Isu pembekuan pinjaman PTPTN untuk pelajar baru UNISEL dan KUIS di Selangor mati dalam tempoh tiga hari sahaja. Para pemimpin UMNO yang memperlihatkan keangkuhan tahap tertinggi semuanya terkencing dalam seluar setelah diperlihatkan kebodohan tindakan yang memakan diri mereka sendiri. Perhatikanlah penyerlahan pernyataan kurang cerdik pemimpin UMNO dan tindak balas tegas yang spontan daripada pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

MUHYIDDIN

Pembekuan itu ‘adil’ untuk PTPTN uji dasar PKR.

KHALED NORDIN

“Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan. Sehubungan itu, PTPTN menangguhkan buat sementara waktu kepada para pelajar baru UNISEL…”

NOH OMAR

“Mahasiswa baru UNISEL mungkin akan diberikan pinjaman PTPTN sekiranya PKR mengisytiharkan tidak mampu memberikan pendidikan percuma dan tidak membuat janji kosong.”

ABDUL KHALID IBRAHIM

“Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru UNISEL yang teraniaya ekoran kerajaan persekutuan membekukan PTPTN. Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar meneruskan pengajian. Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperoleh hasil penyusunan semula hutang TALAM (hutang ini adalah tinggalan kerajaan BN yang lalu). Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperoleh hasil usaha ini.”

Pemimpin UMNO yang tidak cerdik terkedu dengan tindakan spontan Abdul Khalid Ibrahim itu. Jika RM30 juta itu dibahagi-bahagikan kepada 2000 pelajar, mereka akan mendapat RM15000 setiap seorang (sama jumlahnya dengan perolehan peneroka FELDA yang dilibatkan dengan penyenaraian penuh kontroversi FGVH). Jumlah itu lebih daripada cukup untuk menampung kos pengajian selama 2 semester. Jika hal ini dibiarkan berlaku, PKR/PR Berjaya membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa pendidikan percuma bukan satu ilusi. Maka PTPTN pun membatalkanlah niat buruk mereka.

Pemimpin UMNO yang tadinya berlagak seperti pembuli perkasa segera terkencing dalam seluar dan mentransformkan diri mereka menjadi cicak kubin yang tidak mampu mencicit lagi. Transformasi ini akan terus diingati oleh sekalian rakyat Malaysia sehingga mereka memangkah kertas undi dalam PRU Ke-13 nanti. Mereka pasti tidak memilih UMNO/BN!!!

Demikianlah nasib yang menimpa sebuah parti sekular bercorak kebangsaan dan bercirikan perkauman, bernama UMNO itu. Mantan Presidennya, Dr. M mengatakan bahawa UMNO enggan membuka pintunya kepada golongan cerdik pandai hingga menyebabkan ramai doktor masuk PAS. Katanya lagi, UMNO sudah busuk hingga ke usus. Oleh hal demikian, tidak hairanlah jika para pemimpinnya sentiasa mempamerkan kebodohan dan semakin mereput. Kesian dia!!!




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List