Rais Seperti Muhyiddin, Seirama Menyanyikan Lagu Mahathir...!

on Jun 5, 2012


5 JUN 2012   -    BN lah yang sepatutnya bersikap ‘gentleman’ dan janganlah ganggu program pihak lain. Bersedialah dengan sikap ‘gentleman’ yang disebut oleh Rais Yatim itu. 

Jika kalah, terima kekalahan itu dengan ‘gentleman’ dan jangan melakukan kerja-kerja hina kerana tidak dapat menerima kekalahan yang ditentukan oleh rakyat.

 Kepada Rais, buatlah liputan tentang politik negara ini dengan 'magnanimous' dan hentikan membuat liputan berat sebelah melalui RTM yang anda kuasai.......


Rais Yatim sekarang sudah bercakap tentang sikap ‘gentleman’ satu topik yang sangat tidak relevan jika Rais yang bercakap tentangnya. Apa yang dimaksudkan oleh Rais tentang ‘gentleman’ ini saya tidak tahu dan susah untuk difahami. Mungkin 'gentleman' kepada Rais itu ialah ‘kalau den bantai kau, kau diam ajo, kalau kau bantai den, den kojoan kau balik dan kau diam ajo”

Rais mahukan semua pihak menjadi ‘gentleman’ dan ikut sahaja tindak tanduk BN tanpa banyak soal. Bagi Rais, “kok terghimpit, biar kek ateh, kok tokughong biar kek luar, kok bojalan boduo den jalan kek tongah’. Saya mengenali Rais ini sikit-sikit, walaupun sudah berpuluh tahun tidak berjumpa. Dia bijak orangnya. Silat politiknya penuh berseni. Dia menjatuhkan kawan-kawan seperti  pun ada seninya.

Rais meminta Anwar supaya menjadi ‘gentleman’ dan melalui pilihanraya ini dengan sikap itu. Apa yang Rais maksudkan ini sama-sama-lah kita fahami. Rais seperti Muhyiddin, seirama menyanyikan lagu Mahathir, yang negara akan kecuh dan huru hara jika Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya ini. Pakatan Rakyat akan membuat kecuh jika kalah dan mereka ini seolah-olah bercakap tentang cara BN berfikir dalam keadaan BN sedang menghadapi hujung-hujung usianya.

Yang saya tahu BN lah yang akan melakukan segala kejahatan yang Mahathir, Muhyiddin serta Rais sebutkan ini. Tanda-tanda awalnya memang kita telah lihat. Saya sendiri mengalami diganggu oleh pihak UMNO Baru semasa berceramah di Pekan beberapa bulan yang lalu. Dimana-mana pihak UMNO Baru telah menggunakan samseng dan budak-budak jahat untuk mengganggu ceramah dan kegiatan Pakatan Rakyat.

Jika BN kalah budaya ini akan kita lihat dengan lebih buruk lagi. Itulah sebabnya pihak PR telah mengecam tindakan UMNO Baru dan BN yang menzahirkan rasa ketakutan menghadapi kekalahan dengan menggunakan samseng-samseng. Sekarang menggunakan Pekida pula untuk melakukan kerja-kerja buruk ini bagi mengganggu proses demokrasi yang sedang berjalan dinegara ini.

BN lah yang sepatutnya bersikap ‘gentleman’ dan janganlah ganggu program pihak lain. Bersedialah dengan sikap ‘gentleman’ yang disebut oleh Rais Yatim itu. Jika kalah, terima kekalahan itu dengan ‘gentleman’ dan jangan melakukan kerja-kerja hina kerana tidak dapat menerima kekalahan yang ditentukan oleh rakyat. Kepada Rais, buatlah liputan tentang politik negara ini dengan 'magnanimous' dan hentikan membuat liputan berat sebelah melalui RTM yang anda kuasai.

Kata-kata seperti ini dimulakan oleh Dr Mahathir dan begitulah bunyinya Rais memberikan respon terhadap kata-kata Mahathir yang sedang hendak menakut-nakutkan rakyat itu. Mahathir memangnya menggunakan isu huru-hara ini di setiap pilihanraya. Bagi Mahathir yang perlu menang hanyalah UMNO Baru dan parti-parti halal yang lain tidak berhak untuk mendapat sokongan rakyat.

Semua orang tahu motif Mahathir mengeluarkan kata-kata ugutan ini tetapi saya begitu hairan Rais, seperti Muyiddin juga, seolah-olah memilih untuk menjadi perawi kepada kata-kata Mahathir. Kalau hendak menjadi perawi kepada Mahathir pun biarlah ianya dilakukan oleh pemimpin yang bawahan sedikit, tetapi Rais memilih untuk merendahkan mertabat beliau dengan menjadi perawi kepada kata-kata Dr Mahathir ini.

Kalau teori Mahathir mengatakan jika PR kalah keadaan akan menjadi huru-hara ia merupakan satu ugutan kepada rakyat. Tetapi, jika kita hendak berbahas tentang alasan Mahathir yang negara akan huru-hara jika PR kalah telahan itu merupakan telahan yang meleset, kerana yang kalah nanti adalah BN.

Bagaimana huru-hara itu akan berlaku? Huru-hara akan berlaku  jika BN kalah maka yang akan melakukan huru-hara itu adalah BN terutamanya UMNO. Masakan PR yang menang akan melakukan huru-hara itu?

Dalil-dalil huru-hara itu memang ada kerana yang akan kalah nanti ialah BN. BN khususnya UMNO telah membawa Pekida, RELA dan berbagai bagai kumpulan silat untuk bersama UMNO Baru sekarang ini. Antaranya adalah silat gayung, silat lincah dan bermacam-macam lagi yang sedang mendapat perhatian Najib akhir-akhir ini.

Selain dari kumpulan silat itu, individu yang pandai bersilat pun ramai dalam UMNO Baru sekarang. Salah seorang dari yang pandai bersilat itu adalah Rais Yatim sendiri. Tetapi silat Rais ini silat politik yang sangat halus.  Selama ini Rais bukannya kekal dalam kerajaan kerana mempunyai kepimpinan politik, tetapi beliau ini pandai bersilat politik.Kehalusan silatnyalah yang telah menjadikan Mohamad Hasan menjadi korbannya sekarang ini. Nanti orang ramai akan tahu bagaimana Mohamad Hasan dijadikan mangsa silat mahaguru silat politik terhandal ini.

Silat politik beliau begitu hebat sehinggakan beliau berjaya menunjukkan yang di Jelebu tidak ada seorang pun yang boleh memimpin sejak 40 tahun dahulu kecuali beliau seorang. Tetapi ada diantara yang mengenali beliau ini berkata yang Rais Yatim ini tidak boleh dijadikan kawan. Dengan Rais ini, ibarat kata ‘nak berniaga durian’ pun tidak boleh dengannya kerana modal orang lain yang keluar tetapi untungnya dia seorang yang kebas.

Menjadi perawi kepada Mahathir itu adalah sebahagian dari silat beliau kerana pilihanraya akan sampai. Lagi dekat pilihanraya lagi lincah silatnya nanti. Sama-samalah kita tengok.

Silat boto-boto tok!


sumber
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List